D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

EMAK JUGAK YANG TERBAIK


Emak jugak yang terbaik dalam hidup  aku. And emak aku memang selalu terbaik!.

Kalau nak cerita dari zaman kecik2 dulu sampai sekarang, memang blog aku pun tak muat nak tulis. Apatahlagi nak membalasnyakan. Thank you mak untuk semua yang mak dah buat pada Hie.

Cuma satu yang aku nak share ialah.... walaupun aku dah 37 tahun and abang aku dah masuk 40 tahun, mak tak pernah miss untuk call kita orang berdua setiap hari. Every single day.  Mak cakap... biar mak yang call. Anak2 topup kan saja henpon dia.

Normally mak akan call aku sebelah pagi. Nak make sure aku okey hari tu. "Hie dah  dah siap pegi kerja, Nanti Hie drive carefully and sampai ofis safely, Hie meeting ke hari ni, Hie itu, Hie ini..."

Best kan.

Kalau call tengahari, mesti tanya aku dah makan ke belum, sibuk ke tak, penat ke tak. Pastu adalah gosip2 sikit dengan mak.

Kalau mak tak call sampai tengahari tu, aku dah rasa lain macam. Macam ada yang tak cukup. And hebatnya mak tak pernah rasa bosan pun tanya soalan yang sama setiap hari. And dia tak pernah rasa bosan pun call aku setiap hari.

What can I say... mak is always the best!.

1 comment:

305 said...

Morning, Afternoon & Evening..What a beautiful day..thanks Mum.