D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

ROSYAM NOR YANG VERY HUMBLE


Aku ni memang bukan jenis yang follow artis atau ade fav artis la. Nak beli or baca majalah hiburan tu memang bukan aku la. Bukan sebab anti sosial, tapi sebab tak dan. Banyak sangat urusan dunia nak dikejar hari2... haha. Jadi, mana2 nama artis yang masih timbul bila aku buka paper or drive keta or kebetulan depan tv, itu jelah yang aku anggap masih hidup dalam industri.

Selalu kalau jumpa artis pun nak pandang lebih2 memang tak jugak sebab nanti tak dilayan. huhu.. hakak tak berani nak approach retis2 ni dikk.

Tapi baru2 ni terjumpa Rosyam Nor. Ya ampunnn seriously sangat humble dan soft spoken. Aku dengan kawan aku time tu. Saja2 kita orang  cakap abang rosyam nak selfie boleyyy... ehh dia dengar rupanya.  Masa tu dia tengah bejalan sambal becakap telefon... terus dia mintak stop becakap and simpan handpone. Baiknya.

Dah la handsome, gentleman plak tu, soft spoken... dapat no tipun dia plak tu... ko rase.. tak cair ke daku disituu.. hahahahhaha.

Opis Rosyam Nor ni sebenarnya seberang jalan je dengan opis aku. Penah nampak dia sipi2 gitu jer sblm ni. Tak sangka plak dapat jumpa real.  Bukan hari2 jumpa artis and keje aku memang xde kene mengena dengan artis... haha.

Patutla dia bejaya n betahan dalam industri kan. Tak sombong langsung.  Good luck yer abang.

Kalau artis wanita yang hebat kita panggil diva, kalau artis laki yang hebat kita panggil apa yerk.. ? serius tak tahu nih...


BILA BEKERJA DENGAN MAT SALEH


Semua prinsipal aku adalah company mat saleh dari pelbagai negara. Sebab equipment DG yang aku supply untuk military memang tak ada produce kat dalam negara. Jadi kena importlah. So bila terlibat dengan keje import and sometime export nih memang aku have to deal with mat saleh laa.

Keje dengan mat saleh ni memang bagus. Banyak sangat yang aku belajar la.. not only belajar cara dia orang bekerja, tapi proses  untuk menguruskan barang2 tu.  Mencabar tapi very interesting.

Okeyla aku tak boleh cerita banyak2 pasal equipment DG yang aku supply tu. Sensitif. Cuma yang aku nak share ialah peluang becakap dan dengar dorang becakap dengan slang dari pelbagai negara ni.

Paling win kalau dari Rusia and German. Tebal sikit bunyi.  Tapi kita lidah melayu ni memang  bertuah sebab automatik boleh terikut la slang dorang. Kalau middle east lain sikit. Kalau korea or jepun lagilah lain. Tapi aku suka kalau Pinoy, slang dorang memang sound mahal la. Nak ikut pun tak reti. haha.

Kalau zaman belajar dulu dengar British slang pun dah takut kan. Yerla aku kan asal kampong jer. Tapi tetiba bila mula2 keje dulu ade plak kat opis aku  consultant mat saleh dari UK.. ferrr. Jadi nak tak nak memang terikut la slang tu. 

Jadi bila ada phone call dari oversea, perkara yang aku suka ialah dengar slang dorang. But of coz point of discussion tu la yang lebih penting kan.

Tapi.. pendek kata enjoy la.


SEMUANYA BAIK-BAIK SAJA



Ada masanya timbul rasa tak keruan dalam hidup. Bila dikejar dengan berbagai macam urusan kehidupan.   Buat yang itu, tertinggal yang ini, buat yang ini tertinggal yang itu.  Tapi tak boleh ada yang tertinggal...  semuanya  harus dibuat.

Ada masanya aku utamakan perkara yang tak penting... membelakangkan  yang penting. Aku tahu tak sepatutnya begitu.

Kenapalah begitu... entahla.

mungkin kerana  kehidupan aku begitulah. Tapi semuanya teruslah baik-baik saja.

Yer.. baik-baik saja...




PENANGGUHAN PHD ITU MENYAKITKAN


Bukan mudah rasanya menangguhkan PHD. Terpaksa ditangguhkan dulu. Sakit sangat rasa dalam jiwe nih bila ada perkara yang belum tercapai dan masih belum dicapai tetapi sangat ingin dicapai.

Semangat dan keinginan tu tetap bekobar-kobar. Tetap. Cuma buat masa ini aku kena fokus pada kareer dan bisnes dulu. Kalau teruskan tapi tak boleh bagi yang terbaik pun tak elok jugak. Teringat lagi betapa struggle sangat nak habiskan master dulu. Jadi aku cuba jadi lebih smart this time.

Insyaallah aku teruskan juga maybe tahun depan. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah.  Mungkin kembali ke UKM semula untuk PHD ni.

Kena berusaha lebih kuat lagi ni. Kerja tak boleh ditinggalkan. Pengajian pun mesti dihabiskan. Harap2 mak bangga. Harap2 anak pun bangga.



Be strong rohie...




TERPERANGKAP DALAM LIFE DOTHER AKU.... KELAKARKAN

Ni memang post yang paling spesel la bagi aku. Nak jugak share macam mana aku yang dah fosiris ni boleh tejebak dalam life dother aku Eby yang 13 tahun tu... adoiiii.

Ada anak tunggal ni cabarannya xsama macam anak ramai. Lain pulak cabarannya. Sebab bila kat rumah eby xde adik beradik lain yang seangkatan dengan dia untuk share apa saja about her life. Aku tengok klu adik beradik lain yang seangkatan tu lebih mudah nk borak tentang kehidupan dorang sebabnya umur rapat2, jadi sama zaman, sama pemikiran, sama petuturan n sama minat. Lebih in laa.

Jadi kat rumah aku kesian jugak kat eby sebab xde geng nak becerita. Jadi... aku dh set dalam kepala aku and hidup aku yang aku akan jadi bff foreva eby. Bff yang eby boleh share apa saja. Tanya apa sja. Mintak apa saja. Aku nak eby open dgn aku untuk share semua perkara yang berlaku dlm kehidupan seharian dia. Dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 pekara. Ceritalah apa saja and mama akan dengar. Anytime.

Bila aku dah treat eby macam tu dan eby pun dah  faham cara aku yang open ni maka kami dah jadi geng gosip paling hot in town. Dari kesah gosip artis mesia ni sampaila gosip bebudak sekolah dia... hahaha. Macam kak jah and kak bedah gitu.

Semua kawan2 dia aku kenal and tahu nama dorang. Termasuk kisah2 drama seharian dorang. And kadang2 aku plak jadi tukang nasi tambah dalam gosip dia tu. Ya ampunnn.

Bila ada cerita terbaru jer eby mmg x dan2 nk tggu aku balik. Cepat2 dia wasap. Pastu bila kat rumah haaa dari muka pintu dia becerita sampai ke dapur sampai masuk bilik mandi la dia folow... hehe. Selagi tak habis cerita selagi tu x stoo.  And kalau ada lagu2 baru yang dia suka memang akula jadi pendengar utama dulu. Korang imagine lagu2 bebudak sekarang yang acah2 hipster.. adoiii xmasuk naluri la kekdahnya.. tapi aku layan jer utk dia.

Aku sebenarnya seronok sgt sbb aku boleh jadi mama yg sporting untuk dia. Aku memang nk dia cerita semua dgn aku. Akula mama, akulah kawan dan aku jugakla geng gaduh n mrajuk dia.  Aku nak begitula selamanya. Bff foreva.

Aku cuma bedoa n beharap cara aku ni yang terbaik utk dia. Mama sayang Na till jannah. My dother my bff. The one and only.

Mama redho yg mama ni dah teperangkap dalam life Na.. haha.





SHOPING HILANGKAN PENAT...ERHHHK



Ahhhhhhh... kalau dapat shopingg memang anugerah terindahlah dalam hidup. haha. serius.

Harini aku ada event di Petroleum Club Petronas tower. Mana lagi kalau mat-mat saleh principle aku datang kan.  Program sehari jer, tapi nak menguruskannya standardla makan bulan.  Jadi aku pun ambik kesempatan buat2 stress la kan.

Kebetulan, nak naik PC tu mestilah lalu Suria KLCC... haaaa nampak tak tujuan dan kehendak itu. Tapi bertahan lah sehingga selesai program dengan VVIP semua itusss.

Bila dah habis jer... maka bersegerelah aku menuruni KLCC .... memilih, membelek, mencoba dan menjebakkan diri dengan pembelian.

Tak menyesal... no no no... erhhhh






SYED SADDIQ YANG MENGUJAKAN



Dah banyak kali jugak aku terbaca kisah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ni. Adorable and educated.  Aku memang susah nak minat .. I mean bagi perhatian pada mana2  individu atau selebriti atau artis atau menteri atau sape2 lah yang dikategorikan sebagai public figure nih... Sebab tu dalam blog aku ni boleh kira dgn jari lah berapa kisah individu je yang aku dh tulis.  tapi Syed Saddiq ni lain sikitlah. Muda dan berani bersuara...  dan yang paling win cara dia menyampaikan suara tu.

Dalam usia dia ni, dan lepas dinobatkan sebagai pendebat terbaik asia, rasanya he has a bright future.. cuma aliran mana yg dia nk pilih itu hak dia.  Yang penting untuk kebaikan.

Dan one thing hidup sebagai Syes Saddiq pun dah xde privacy la kan. Semua yg dia buat akan jadi perhatian terutamanya orang2 yang tak suka dia. Itu karenah yang kena hadap la kan.. tapi kenapa nak risau.. manusia dan kehidupan mana ada yang perfect.

Sebagai orang muda yang educated, berani dan pandai bersuara harap2 Syed Saddiq dapat jadi contoh and sumber inspirasi pada ramai generasi mude yer. Buatla sesuatu dengan pride. Teruskan.

Akak  dulu debater kampung je dik.. seb baik xde sape kenal...  hehe..





NO POINT FORCING

Dalam hidup ni.. satu perkara penting yang aku dah belajar ialah tiada guna memaksa sesuatu perkara tu untuk berlaku kalau ianya tiada ke arah itu... atau dalam bahasa Maran yang lebih mudah difahami "No point forcing".  Yer sangat betul tu.

No matter macam mana aku atau kita suka dengan sesuatu subjek tu tapi kalau tak nampak jalannya.. x perlu memaksa. Perkara yang dibuat dgn rasa terpaksa takkan menjadi. Kalau jadi pun sekadar dibuat2. Tak sampai.

Aku patutnya lebih aware. No point forcing.




Monday

DRIVER CHINA YANG SANGAT POLITE


Dalam hujan lebat aku drive balik dari tempat meeting ke ofis aku. Ikut jalan Ipoh lalu Sentul dan terus ke jalan Tun Razak.  Hujan masih lagi lebat.

Dalam 1 km kottt sebelum sampai IPD Sentul... tiba2 ganggggg... bunyi keta langgar belakang keta aku. Alamakkkkk... dah la tengah hujan. Eksiden ke apa aku ni.. tengok belakang memang ada kereta betul2 kat belakang kereta aku. Tapi langsung tak nampak kereta apa.

Aku pusing2 cari payung dalam kereta aku... aduhh xde rupanya. Ke ade tapi kat seat ke 3.. takkan aku nak merangkak ke belakang plak kan. So aku stay dulu jap.

Kejap lepas tu, aku nampak driver kereta tu turun sambil berpayung. Dia datang ke pintu aku. Lelaki cina rupanya. Muda lagi. Then dia mintak aku turunkan cermin sambil dia payungkan.

Miss... m really sorry. I x sengaja.
R u okey.
Ada injured x
Kepala ok x

Tu antara soalan2 dia yang aku ingat. Very
Polite. Aku pun rasa lega sungguh.

Aku jawab M fine. All good.

Then dia pun nampak lega.
Thank god u r fine...

Marilah turun tengok kereta u. Dia suggest.
Aku pun follow turun sambil dia payungkan. Yang aku perasan masa tu dia langsung xtengok kereta dia. Priority ialah untuk cek condition keta aku dulu. Then bila aku cek mmg xde apa kesan pun kat keta aku walaupun tadi bunyi kuat jugak.

Lepas tu baru aku pusing tengok kereta dia. Plat dia pecah. Yang lain aku xperasan sebab dia ckp its ok... let he handle his own car,

Lagipun hujan masih lebat so dia suh aku masuk keta cepat2. X sempat pun tanya nama dia.

Tapi dia memang seorang lelaki cina yang polite. Safe drive mister no matter who and where u are.

And drive safely to myself,


Friday

JANGAN BETRAY KAWAN


Dalam hidup ni.. kita melalui satu perjalanan yang kita sendiri tidak tahu apa kesudahannya. Baik..buruk.. di atas.. di bawah.. kita x pernah tahu. Termasuklah diri aku sendiri. Tak pernah tahu. Tak pernah tahu apa pun akan jadi sesaat akan datang.

Tapi yang aku tahu.. hidup ni simple. Apa yang kita buat itulah yang kita akan dapat. Buat baik dibalas baik buat jahat... dibalas jahat.

Sama juga dalam persahabatan.. jangan sekali2 khianati kawan.. tikam belakang.. reka cerita dan menuduh perkara yang tak betul semata2 nak puaskan hati sendiri. Atau mungkin juga sebab dengki atau mungkin juga tak puas hati atau mungkin juga nak rebutkan sesuatu.

Itu cara yang sangat x profesional. Kalau menang pun xbermaruah.. kalau dapat sokongan pun x berpanjangan. Nak bawak kemana semua tu.

Dalam hidup kn berani. Hadap sesuatu perkara tu dengan betul. Kalau nak bersaing boleh sangat.. tapi dengan cara  yang sihatla.

Bagi aku simple.. kalau sesuatu yang betul2 bermakna utk kehidupan kita.. then fight for it. Kalau tak... setakat nak menyakitkan kepala.. tinggalkan je   tepi jalan.

Hidup kita... kita yang tentukan. Kalau kita dianggap kawan so kawanla. Kalau kita dikhianati kawan so x berkawan pun xpe.

Aku pilih untuk hidup positif dalam suasana yang positif.