D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

ROSYAM NOR YANG VERY HUMBLE


Aku ni memang bukan jenis yang follow artis atau ade fav artis la. Nak beli or baca majalah hiburan tu memang bukan aku la. Bukan sebab anti sosial, tapi sebab tak dan. Banyak sangat urusan dunia nak dikejar hari2... haha. Jadi, mana2 nama artis yang masih timbul bila aku buka paper or drive keta or kebetulan depan tv, itu jelah yang aku anggap masih hidup dalam industri.

Selalu kalau jumpa artis pun nak pandang lebih2 memang tak jugak sebab nanti tak dilayan. huhu.. hakak tak berani nak approach retis2 ni dikk.

Tapi baru2 ni terjumpa Rosyam Nor. Ya ampunnn seriously sangat humble dan soft spoken. Aku dengan kawan aku time tu. Saja2 kita orang  cakap abang rosyam nak selfie boleyyy... ehh dia dengar rupanya.  Masa tu dia tengah bejalan sambal becakap telefon... terus dia mintak stop becakap and simpan handpone. Baiknya.

Dah la handsome, gentleman plak tu, soft spoken... dapat no tipun dia plak tu... ko rase.. tak cair ke daku disituu.. hahahahhaha.

Opis Rosyam Nor ni sebenarnya seberang jalan je dengan opis aku. Penah nampak dia sipi2 gitu jer sblm ni. Tak sangka plak dapat jumpa real.  Bukan hari2 jumpa artis and keje aku memang xde kene mengena dengan artis... haha.

Patutla dia bejaya n betahan dalam industri kan. Tak sombong langsung.  Good luck yer abang.

Kalau artis wanita yang hebat kita panggil diva, kalau artis laki yang hebat kita panggil apa yerk.. ? serius tak tahu nih...


No comments: