D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

TERPERANGKAP DALAM LIFE DOTHER AKU.... KELAKARKAN

Ni memang post yang paling spesel la bagi aku. Nak jugak share macam mana aku yang dah fosiris ni boleh tejebak dalam life dother aku Eby yang 13 tahun tu... adoiiii.

Ada anak tunggal ni cabarannya xsama macam anak ramai. Lain pulak cabarannya. Sebab bila kat rumah eby xde adik beradik lain yang seangkatan dengan dia untuk share apa saja about her life. Aku tengok klu adik beradik lain yang seangkatan tu lebih mudah nk borak tentang kehidupan dorang sebabnya umur rapat2, jadi sama zaman, sama pemikiran, sama petuturan n sama minat. Lebih in laa.

Jadi kat rumah aku kesian jugak kat eby sebab xde geng nak becerita. Jadi... aku dh set dalam kepala aku and hidup aku yang aku akan jadi bff foreva eby. Bff yang eby boleh share apa saja. Tanya apa sja. Mintak apa saja. Aku nak eby open dgn aku untuk share semua perkara yang berlaku dlm kehidupan seharian dia. Dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 pekara. Ceritalah apa saja and mama akan dengar. Anytime.

Bila aku dah treat eby macam tu dan eby pun dah  faham cara aku yang open ni maka kami dah jadi geng gosip paling hot in town. Dari kesah gosip artis mesia ni sampaila gosip bebudak sekolah dia... hahaha. Macam kak jah and kak bedah gitu.

Semua kawan2 dia aku kenal and tahu nama dorang. Termasuk kisah2 drama seharian dorang. And kadang2 aku plak jadi tukang nasi tambah dalam gosip dia tu. Ya ampunnn.

Bila ada cerita terbaru jer eby mmg x dan2 nk tggu aku balik. Cepat2 dia wasap. Pastu bila kat rumah haaa dari muka pintu dia becerita sampai ke dapur sampai masuk bilik mandi la dia folow... hehe. Selagi tak habis cerita selagi tu x stoo.  And kalau ada lagu2 baru yang dia suka memang akula jadi pendengar utama dulu. Korang imagine lagu2 bebudak sekarang yang acah2 hipster.. adoiii xmasuk naluri la kekdahnya.. tapi aku layan jer utk dia.

Aku sebenarnya seronok sgt sbb aku boleh jadi mama yg sporting untuk dia. Aku memang nk dia cerita semua dgn aku. Akula mama, akulah kawan dan aku jugakla geng gaduh n mrajuk dia.  Aku nak begitula selamanya. Bff foreva.

Aku cuma bedoa n beharap cara aku ni yang terbaik utk dia. Mama sayang Na till jannah. My dother my bff. The one and only.

Mama redho yg mama ni dah teperangkap dalam life Na.. haha.





No comments: