D’ ŘőHǃȩ

Monday

DRIVER CHINA YANG SANGAT POLITE


Dalam hujan lebat aku drive balik dari tempat meeting ke ofis aku. Ikut jalan Ipoh lalu Sentul dan terus ke jalan Tun Razak.  Hujan masih lagi lebat.

Dalam 1 km kottt sebelum sampai IPD Sentul... tiba2 ganggggg... bunyi keta langgar belakang keta aku. Alamakkkkk... dah la tengah hujan. Eksiden ke apa aku ni.. tengok belakang memang ada kereta betul2 kat belakang kereta aku. Tapi langsung tak nampak kereta apa.

Aku pusing2 cari payung dalam kereta aku... aduhh xde rupanya. Ke ade tapi kat seat ke 3.. takkan aku nak merangkak ke belakang plak kan. So aku stay dulu jap.

Kejap lepas tu, aku nampak driver kereta tu turun sambil berpayung. Dia datang ke pintu aku. Lelaki cina rupanya. Muda lagi. Then dia mintak aku turunkan cermin sambil dia payungkan.

Miss... m really sorry. I x sengaja.
R u okey.
Ada injured x
Kepala ok x

Tu antara soalan2 dia yang aku ingat. Very
Polite. Aku pun rasa lega sungguh.

Aku jawab M fine. All good.

Then dia pun nampak lega.
Thank god u r fine...

Marilah turun tengok kereta u. Dia suggest.
Aku pun follow turun sambil dia payungkan. Yang aku perasan masa tu dia langsung xtengok kereta dia. Priority ialah untuk cek condition keta aku dulu. Then bila aku cek mmg xde apa kesan pun kat keta aku walaupun tadi bunyi kuat jugak.

Lepas tu baru aku pusing tengok kereta dia. Plat dia pecah. Yang lain aku xperasan sebab dia ckp its ok... let he handle his own car,

Lagipun hujan masih lebat so dia suh aku masuk keta cepat2. X sempat pun tanya nama dia.

Tapi dia memang seorang lelaki cina yang polite. Safe drive mister no matter who and where u are.

And drive safely to myself,


No comments: