D’ ŘőHǃȩ

Friday

JANGAN BETRAY KAWAN


Dalam hidup ni.. kita melalui satu perjalanan yang kita sendiri tidak tahu apa kesudahannya. Baik..buruk.. di atas.. di bawah.. kita x pernah tahu. Termasuklah diri aku sendiri. Tak pernah tahu. Tak pernah tahu apa pun akan jadi sesaat akan datang.

Tapi yang aku tahu.. hidup ni simple. Apa yang kita buat itulah yang kita akan dapat. Buat baik dibalas baik buat jahat... dibalas jahat.

Sama juga dalam persahabatan.. jangan sekali2 khianati kawan.. tikam belakang.. reka cerita dan menuduh perkara yang tak betul semata2 nak puaskan hati sendiri. Atau mungkin juga sebab dengki atau mungkin juga tak puas hati atau mungkin juga nak rebutkan sesuatu.

Itu cara yang sangat x profesional. Kalau menang pun xbermaruah.. kalau dapat sokongan pun x berpanjangan. Nak bawak kemana semua tu.

Dalam hidup kn berani. Hadap sesuatu perkara tu dengan betul. Kalau nak bersaing boleh sangat.. tapi dengan cara  yang sihatla.

Bagi aku simple.. kalau sesuatu yang betul2 bermakna utk kehidupan kita.. then fight for it. Kalau tak... setakat nak menyakitkan kepala.. tinggalkan je   tepi jalan.

Hidup kita... kita yang tentukan. Kalau kita dianggap kawan so kawanla. Kalau kita dikhianati kawan so x berkawan pun xpe.

Aku pilih untuk hidup positif dalam suasana yang positif.


No comments: