D’ ŘőHǃȩ

Thursday

KENAPA AKU TUTUP SEMUA MEDIA SOSIAL

Dah bertahun sebenarnya aku secara rasminya dh tutup or buang media sosial yg penah aku daftar atas nama aku... lama dah tu.

Satu masa dulu, akulah manusia yang paling aktif post macam2 status. Ada je idea aku almost setiap hari. Memang seronok jugak sebab lepas tu kawan2 aku pun komen .. macam2 komen la. Aku pun samalah... suka jugak komen pos kawan2 aku.

Media sosial ni memang bagus sebenarnya. Boleh share segala benda dlm sekelip mata jer. Berita hepi.. berita sedih.. pic.. iklan.. bisnes n mcm2 lagilah.  Banyak sgt yang bagus boleh dikongsi. Tapi masa yg sama banyak jugak yang xbagusnya. Yerla.. dah nama pun wall sendiri kan.. jadi suka ati masing2 la nak post ape kan. Bila dh suka ati tu.. mulalah. Orang tu kutuk orang ni.. orang ni perli orang tu. Org tu bantai org ni.. orang ni pun xnak kalah. Dahtu bila orang lain plak baca... tetiba sentap.. xtentu arah.. hmmmmm.

Bila aku fikir balik... lebih baik xde. Bukan anti sosial tapi lebih rilex dengan cara skrg. Bila dah xde media sosial ni xde beza pun life aku. Tetap mcm ni jugak. The only media yg aku ada ialah wassap... utk tujuan kerja. Dan lagi satu blog aku ni jela.

Xsalah pun ada media sosial ni. Registerla sebanyak mn sekalipun
 Tapi rilek2 jela. Xyahla poyo sangat dgn post ala2 ko je la nenek segala angel n kesucian...hahahaha.

Bak kata kawan baik aku... kisah hidup sendiri pun xhabis nak hadap.. pe lagi nk hadap post pasal kisah hidup orang... betul jugakk kann

Peace yaalll

No comments: