D’ ŘőHǃȩ

Sunday

LELAKI BERTATU YANG MENYENTUH HATI AKU

Minggu lepas aku mengulang lagi check up dengan Dr pakar di sebuah hospital ni. Mulanya macam nak kensel jer.. tp nanti jadual busy pulak.. lambat pulak boleh pergi. Jadi aku proceed kan saja. Disebabkan asalnya macam malas nk pergi, jadi terlambat la aku pergi. Disebabkan lambat pergi.. maka jenuhla menunggu turn... puiii.

Dalam pada menunggu tu... lapar la pulak. So aku lun kluar ke kafe beli milo dan roti. Alas perut.... cukupla tu. Masa tengah beli tu aku nampak seorang lelaki cina dengan tangan bertatu beratur nak bayar belakang aku. Aku abaikan je sebab takde kena mengena pun dgn aku.

Bila aku masuk balik ke tempat menunggu, aku nampak lelaki cina tadi pun masuk jugak. Dia berjalan menuju ke arah sepasang suami isteri cina yg dah berumur. Aku agak mungkin pasangan tu emak dan ayah dia.

Lelaki bertatu tu klu dilihat dari penampilannya nampak mcm anak muda yang agak brutal. Orang muda. Yerla dgn rambut kaler stylo.. baju sleeveless.. sluar pendek.. beg selepang.. apa lagi yg bermain dalam kepala aku kan.

Tapi the moment dia buka plastik roti tu dan suapkan roti kat mak dia sikit sikit buat aku berubah fikiran. Aku pandang je gelagat dia sambil suap roti suap air. Bagusnyaaaa dia. Sudi dia melayan dan menjaga mak dia.

Selang 10 minit lepas habis mak dia makan.. dia perlahan2 bangunkan mak dia berdiri. Dia pegang tangan mak dia dan pimpin berjalan perlahan lahan dalam ruang menunggu tu. Sikit pun dia x hirau orang lain tengok dia. Dia pimpin mak dia berjalan dari satu sudut ke sudut lain.. pusing balik .. rehat kejap.. pimpin lagi..

Aku mmg asyik tengok dia. Dari apa yg aku tengok mak dia mungkin dlm proses terapi or something. Bejalan pelahan dan tak seimbang. Aku xtahu sakit apa. Aku pun x bertanya. Tapi lelaki tu akan pegang mak dia kuat dan hati2 setiap kali nk bediri, bejalan dan duduk.

Hebatnya kuasa hati dan kasih sayang.  memang nampak sangat dia sayang mak dia. Rasa bersalah pulak aku fikir dia tu brutal mula2 tu. Tapi... kalau dia brutal pun... blum tentu dia xde kasih sayang kan... apatah lagi utk mak dia... so dont judge a book by its cover. Dont be judgemental.

Walau siapa pun dia.. apapun bangsa dan agama dia.. aku tetap respek dia sebab masih menjaga dan melayan mak dia. Semoga mak dia cepat sembuh.

Semoga mak aku pun dilimpahi rahmat Allah sepanjang zaman. Dan semoga semua emak2 di rumah orang tua pun terus dirahmati Allah.

Got my point?.



No comments: