D’ ŘőHǃȩ

Monday

ANAK ADALAH ANUGERAH TERINDAH



Tahun ni saja dah ramai kawan2 aku yang dapat baby baru. Alhamdulillah. Ada boy ada girl. Tak kisahlah keduanya adalah anugerah Allah yang terindah. Bila tengok gamba2 yang dorang post...semuanya sempurna, comel dan sangat sejuk mata memandang. Berbaloi menunggu 9 bulan dan redho  bermatian melahirkan.
 
Anak adalah anuherah terindah. Yang ada ramai anak, alhamdulillah. Itu rezeki dan Allah pilih mereka untuk memiliki. Ada sepasang suami isteri yang keduanya adalah kawan UKM aku, anak dorang dah nak masuk 7 (Yang ada). Dan semuanya perempuan. Meriah sungguh bila jumpa.  Macam2 gaya dan style. Sampai at one time, kawan aku cakap basuh baju pun lupa nak isi sabun. Sebab sibuk menguruskan anak2. hehehe. Tapi... yang indahnya.. bukan semua orang dapat pengalaman tu. Kannnn. Tengok aku.. sorang jer. Sunyi lah rumah. Tapi itu pun rezeki Allah jugak.
 
Membesarkan anak ramai dan anak sikit ni aku percaya lain pengalamannya. Abang aku anaknya 5. Belum habis yang sorang bercakap, yang sorang lagi dah bercakap. lepas tu mamanya pulak bercakap, lepas tu papanya pulak. Kan tak sunyi gitu. Time tidur baru sunyi rumah. Aku pulak membesarkan anak sorang. Bila time anak aku dok berkurung dalam bilik, haaa becakaplah aku dengan dinding. hehehe.
 
Membesarkan anak2 penuh dengan cabaran. Apa lagi zaman sekarang. Takut sungguh bila difikirkan. Anak2 kalau ikut teori kampung aku... tak boleh dikongkong sehingga semuanya tak boleh. Kita boleh bagi dia peluang menikmati apa yang dia nak dengan syarat bersama kita. Kita yang bawakkan. Sebab kalau kita tak bagi or halang dia... one day bila dia dapat rasa semua tu dengan kawan2 dia...dia takkan pandang kita lagi. Dia anggap kawan2 dialah yang dapat bagi keseronokan. Bukan ibu bapa. Dan didikan agama itu yang sewajibnya la..
 
Aku pun selalu mendoakan agar anak aku Adriena dan semua anak2 di dunia menjadi anak yang solehah. Selalu mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat. Syukur sungguh aku kerana memiliki Adriena... sangat memahami. Alhamdulillah.

No comments: