D’ ŘőHǃȩ

Thursday

JANGAN SENDAKAN KISAH CERAI ORANG LAIN


Hmmm… dah agak lama tak update blog ni. Bizi betul dengan macam2 kerja penting dan selalu jer terdesak mengejar dateline. Bak kata kawan2 aku… bizi sungguh mengejar dunia.. hehe

Semalam sambil2 buat sourcing di internet,  sempat jugak aku  membelek blog gossip artis Malaysia ni. Serius dah lama sungguh aku  tak follow. Paling hebat pun baca paper hari Ahad jer… bahagian hiburan. Dapatlah lepas gian tengok fesyen2  dress terkini.

Kebetulan semalam sempat aku terbaca kisah perceraian Erra n Engku Emran. Sedih kan… tapi nak buat macam mana… dah jodoh sampai situ je kan. KEnalah terima walaupun pahit.  Tapi yang sedih bila anak dorang yang comel lote tu si Engku Alesya pulak dijadikan bahan gossip. Yelah kan macam2 spekulasi timbul bila hak penjagaan ayahnya yang dapat. Gambar Alesya bersedih pun terus dikaitkan dengan sebab perpisahan mak ayah dia…. Tak cukup tu habis dinilai dan dikomen sesedap rasa….

Hmmm apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya….

Banyak pengajaran sebenarnya dari kisah hidup orang lain yang kita boleh pelajari. Bukan untuk kita sendakan ataupun jadikan bahan jenaka.  Ada yang berbunyi sangat sombong dalam komen2 yang aku sempat baca. Ada jugak komen yang menunjukkan betapa mulianya dorang berbanding Erra n bekas suami. Ferrrr…. One thing yang ramai orang lupa ialah manusia ni sama jer. Allah saja yang maha mengetahui dan boleh menilai hamba-Nya.  Macam tu jugak  dalam hal rumah tangga. Sebesar zarah pun jangan kita anggap rumah tangga kita lebih baik dari orang lain. Jangan kita ingat perkahwinan kita boleh bertahan selamanya, jangan kita ingat kitalah pasangan yang paling bahagia selamanya, jangan kita ingat kita lebih  perfect dari pasangan lain. Kita tak pernah tahu. Tak mampu kita nak duduk tepi tingkap rumah orang tiap2 hari nak perhati apa pasangan lain buat kan.  So takyah la menilai sangat.  Yang tahu Cuma Allah.

Sebab tu kita jangan sekali2 sendakan  kisah perceraian orang lain.  Takde perempuan  yang mahu diceraikan. Semua perempuan  impikan perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia. Memiliki anak2 yang ramai dan comel. Dapat menjaga keluarga dengan baik. Dapat membesarkan anak depan mata sampai Berjaya. Itulah impian semua perempuan. Tak caya… pegilah buat survey.

Mungkin rakyat kita ni kadang2 jadi tak sensitive dengan isu2 macam ni. Asal cerai jer… jahat. Asal cerai jer salah. Asal cerai jer gagal. Jangan fikir macam tu. Mentaliti tu tak betul. Kalau tak tahu kan lebih baik diam.  

Selagi masih ada rumahtangga…. Jagalah elok2. Ambil iktibar dari apa saja kehidupan dan rumah tangga orang lain untuk kebaikan kita. Jadikan sebagai panduan. Kalau perkara baik… contohi. Kalau tidak baik tinggalkan. Hari ini… mungkin kita rasa kitalah pasangan paling meletop di dunia… esok lusa belum tahu. Jadi tak perlulah bercakap ataupun menilai macam kita lah segalanya...

Ingat juga  dalam menjaga rumahtangga kita… jaga sekali mentaliti kita.  

 Kenapa aku pose tajuk ni… ??? saja amek mood jerk lah.

No comments: