D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

KAWAN2 AKU SEMUANYA BERHARGA



Dalam hidup ni, aku selalu rasa bertuah sebab ada ramai kawan2 yang baik.  Kawan-kawan yang selalu buat aku happy... ketawa ... berfikir.. berkongsi... belajar.. dan macam2 lagi.  Kawan2 aku ramai sebenarnya. Ada kawan2 aku yang aku kenal sejak dari zaman  sekolah rendah lagi, ada dari zaman sek menengah, ada dari zaman buat degree  dan  zaman buat master, ada yang kenal sebab kerja dan ada  juga kawan2 yang tak tahulah dari kategori mana satu... hehe... yang penting kawan!.

One thing yang aku realise... bila berkawan persahabatan tu takkan terputus. Mungkin hilang sekejap... kemudian jumpa balik. Tapi tiada alasan untuk  memutuskan  persahabatan. Bila namanya juga kawan, banyak perkara yang boleh dikongsi sambil meminta dan memberi idea... tak kiralah soal kerja, kehidupan, peribadi, keluarga atau apa saja. Best kan.

Bila berkawan... bagi aku sendiri banyak yang aku boleh belajar dari kawan2. Sentiasa ada something new yang aku boleh belajar. Setiap hari. Termasuklah belajar buat kuih sagu ataupun buat donat. Tu tak kira lagi belajar masak sambal tempoyak. Terbaik semua kawan2 aku. Semuanya dah berjaya dalam kareer dan kehidupan masing2. Semuanya sentiasa  jadi sumber inspirasi untuk aku. Semuanya menjadi sumber untuk aku terus memperbaiki diri, memajukan diri dan menjadi insan yang lebih berjaya dunia dan akhirat.

Ada ramai kawan yang sudi mendengar  apa saja cerita aku. Cerita sedih, cerita gembira, cerita baik mahupun sebaliknya. Dan ada juga kawan yang bukan setakat mendengar tapi sama2 merasa apa yang aku rasa. Dan tak kenal jemu membantu memberi semangat. Terharu. Tak terucap terima kasih.

Pada semua kawan2 aku yang tersayang.... tak kira siapa dan dari kategori yang mana, terima kasih banyak2 aku ucapkan sebab sebab sudi jadi kawan2 aku. Yang tak pernah jemu melayan karenah aku. Yang tak pernah jemu buat aku ketawa setiap hari. Yang tak pernah jemu buat aku menginsafi diri. Yang tak pernah jemu buat aku rasa nak berjaya. Tak terbalas harga sebuah persahabatan tu kan.

Pada kawan2 sekolah tak kiralah sek menengah ataupun sek agama... korang memang sentiasa rapat dalam jiwa. Hari2 kat group buat aku ketawa tapi dalam pada ketawa tu banyak sungguh mesej yang terbaik korang sudi kongsi. Aku sayang korang. Foreva!. Terima kasih walaupun tak terucap terima kasih tu sebenarnya.

Kalau ada orang tanya... apa nilai sebuah persahabatan, aku cuma boleh cakap persahabatan itu tidak boleh dinilai dengan apa2 pun. Priceless.  So thank you to all my frens.  I luv you all foreva. Teruskan apa yang kita ada.  Jagalah apa yang kita ada. Semoga Allah memanjang rezeki persahabatan kita. Ikhlas aku sayang korang semua.

To my bff Aumi... you are always the craziest woman in the world...ahaks. Thanks beb for every single moments that you have spent and every efforts that you have done  for me!.  Luv.



3 comments:

Anonymous said...

Terbaikkkk!!! Kak rohie....I lov u 2!!

Rohie Husain said...

Terbaik tu terbaikla jugak... reveal lah nama tu saper... Zura yerk... luv u too. hehe.

Anonymous said...

Terbaik .. Masak tempoyak !!!