D’ ŘőHǃȩ

Saturday

BILA PENGAWAL KESELAMATAN TAK LAGI MENGAWAL KESELAMATAN


Hmmm.... dalam minggu ni ada satu kes yang menyedihkan berlaku kat sebuah bank di KL ni. Seorang pegawai bank mati ditembak oleh pengawal keselamatan bank tu sendiri.    Sedih kan. Sangat sedih dan tragis. Al-fatihah dan aku doakan semoga roh pegawai bank tersebut ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Aku bukan nak menulis pasal arwah pegawai bank tersebut, tapi tentang pengawal keselamatan yang diambil bekerja di Malaysia sekarang ni. Apakah kita dikawal oleh pengawal keselamatan yang betul2 boleh menjaga keselamatan kita...??? Selamatkah kita. big question mark kan.

Kalau kita tengok di bangunan2 besar di KL ni, yang jadi pengawal selalunya warga negara asing. Nak berbahasa Inggeris pun tak berapa betul apatah lagi berbahasa Melayu. Dengan wajah asing diberikan tanggungjawab menjaga keselamatan kita. Bukan semuanya warga asing, tapi sebahagian besarnya adalah warga asing. Mungkin sebab orang melayu sendiri dah tak minat nak jadi pengawal keselamatan kot.

Aku sendiri pun selalu stay back kat office sampai lewat2 malam sebab nak siapkan kerja. Office aku ni gated and guarded. Selalunya selepas pukul 7 malam, lift akan ditutup. Untuk menjimatkan elektrik agaknya. Jadi kalau ada mana2 staf syarikat yang nak stay, kena bagi tahu pada guard supaya dia orang boleh on kan lift kat blok berkenaan. Nasib baik sekarang bilik aku kat ofis kat tingkat satu. Kalau dulu aku kat tingkat 5....  masak jugak pakai tangga.

Tapi setakat ni kalau aku dan staff ofis stay back tak kira lewat macam mana pun, aku tak pernah bagi tahu kat guard. Tapi aku pastikan ada orang lain tahu aku stay. Dulu terfikir jugak nak bagi tahu. Tapi bila aku fikir balik, kenapa mesti bagi tahu dorang yang aku dalam bangunan tu. Aku tak kenal pun dorang. Kadang2 bila dengar suara dorang menyanyi2 sambil ronda kat luar pun dah rasa semacam. Selamat ke kalau aku bagi tahu kat dorang pun. Dan aku rasa management ofis pun tak kenal siapa dorang. Setakat maklumat atas kertas yang diberikan masa mohon kerja... mencukupi kah. Kalau ada sesuatu perkara negative yang dorang akan buat, tahu ke kat mana nak cari dorang. Boleh ke cari dorang sekelip mata. Hmmm...

Tapi jangan salah faham dengan post ni yer. Bukan semua pengawal keselamatan tu begitu. Dan bukanlah aku negative sangat dengan pengawal keselamatan nih. Tapi bak kata orang, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Haaa inilah dia. So far so good. Takde apa2 yang berlaku kat area ofis aku ni. Hopefully selamanya la. Terima kasih juga pada semua pengawal keselamatan yang ikhlas menjaga keselamatan selama ini tak kira kat mana sekalipun.



By the way, just be more carefull especially ladies out there. We take care ourself.









No comments: