D’ ŘőHǃȩ

Thursday

KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN


Ada satu pepatah mat saleh yang sangat femes... Life must go on. Maksudnya hidup perlu diteruskan lah. Tak kiralah apa yang berlaku... walau besar mana dugaan... walau seberat mana kesedihan sekali pun... hidup tetap perlu diteruskan. Kehidupana perlu seiring dengan perjalanan alam. Jadi selagi alam berjalan, selagi itulah kita tidak boleh berhenti. Tidak boleh sama sekali.

Kita ni sebagai manusia, sebenarnya aku sendiri... selalu jadi lemah bila diduga. Rasa lemah dan mengalah ibarat dah tak nampak masa depan. macam tergolek lembik terlepek2 rasanya.... sangatlah mengalah. Tak kiralah berapa besar ego dalam hati or ego dalam kepala... bila melalui saat begitu... pasti air dalam mata akan keluar. Rasa pedih dalam jiwa pun ibarat menikam2. Ferrrr... hebatnya sampai gitu sekali.

Diduga itu lumrah. Berlaku pada sesiapa sahaja pun di dunia ini. Namun kekuatan untuk menghadapi dugaan itu tidak sama sekali bagi setiap manusia. Terutamanya aku sendiri. Apatahlagi kalau dugaan yang tidak dijangka berlaku. Dan aku tak bersedia nak berdepan dengan dugaan2 tu. Tapi ... hidup yang kita pilih ni tidak mudah untuk berpatah balik begitu saja. Kena tempuhi juga. Jadi bak kata BFF aku si Aumi... bertabahla. ................................

1 comment:

d'mountain said...

We will never walk without 'kesilapan' in our life. Always a good lesson and it will bring you to another level of maturity. Don't worry about that. I am more than willing to be next to you all the time. how bout that..