D’ ŘőHǃȩ

Saturday

BUKAN SENANG NAK BUAT KEPUTUSAN


Nak membuat satu2 keputusan dalam hidup bukan senang kan. lagi2 bila tersepit antara dua pilihan yg sukar. Tapi klu lagi banyak pilihan lagi lah susah... kan. Apa yang susah sangat dalam membuat keputusan ni.... ??. Entahla. aku pun x pasti.

Yang aku tahu takde siapa yang nak buat keputusan yang salah. Itu lah susahnya. Kita bertanggung jawab di atas semua keputusan yang kita buat. Dan keputusan itu jugak bersangkut-sangkut dengan seluruh kehidupan. Itu yang susahnya. Setiap perkara besar yg kita nak lakukan dalam hidup kena dimulakan dengan mengambil keputusan yang besar, memikirkannya dengan cara yg besar... Mengambil risiko yang besar dan hasilnya juga besar cuma tak tahu besar ke arah mana... positif atau negatif.

Walau apa pun keputusan yang kita buat... pastikan ianya betul dan adil. bukan saja pada orang lain tapi pada diri kita sendiri. Setiap keadaan yang berlaku adalah tanggung jawab kita.... dan setiap keputusan dibuat juga t.jawab kita. Dan kita tak boleh lari atau lepaskan begitu saja. Berdepan lah dengan cara yang betul.

Tapi betul juga kata orang... adakalanya membuat keputusan yang betul adalah dengan membuat keputusan yang salah.  huhhh...

1 comment:

Anonymous said...

U r always a good decision maker my fren... what is wrong with you. move on ... looking forward . m here for you all d time my bff...