D’ ŘőHǃȩ

Sunday

NAK TERBANG TINGGI-TINGGI


Hati rasa nak terbang tinggi-tinggi. Nak sangat-sangat. Bukan nak terbang macam burung tu... tapi nak terbang pergi bercuti. Nak pergi bercuti jauh-jauh. Dah lama tak bercuti jauh. Jiwa dah kepanasan. Hati dah resah... Wahhh kononnya...

Last bercuti jauh ke Brunei kot. Lepas tu tu bercuti domestik je lah... Dulu-dulu... kerja aku terbang tinggi jer.. sampai keliru aku kerja peramugari ke haperr... hehe. Tapi takla.. akuu xcantik mana layak jadi peramugari ni. Aku dulu kerja mengukur KLIA macam pergi kedai runcit plak. Sampai bff aku Aumi cakap sarapan kat KL lunch kt Hong Kong dinner kat Ho chi Min... ibaratnya..

Tapi best jugak sebab bff aku pernah gak mengukur airport menghantar aku terbang.. hehe tenkiu beb. Then bila LCCT siap... aku mengukur ke sana plak. Takat terbang dekat2 ikut sana je lah. Aku ingat lagi penah satu tahap aku terbang balik dari satu destinasi ke LCCT dengan sorang lagi office mate. Sampai LCCT dah lewat petang so kawan aku balik rumah tapi aku terus stay sana malam tu sebab subuh esok aku nak lagi ke negara orang... gilerrr.

Lepas tu aku macam tersedar diri apalah kehidupan aku... so lepas tu dah malas nak terbang. Jangankan terbang... nak outstation pun dah malas... Now tiba2 rasa nak terbang balik tinggi-tinggi. Tak kisahlah ke mana. Janji aku dapat terbanggg...

Saper nak ikut... jom

1 comment:

305 said...

Vaca....!

luv to do so..

take family n the luv one to fly with