D’ ŘőHǃȩ

Thursday

BILA SUDAH TAK BERHARGA LAGI



Kadang2… or selalunya aku memang hairan dengan sikap sesetengah manusia kat planet ni.  Susah betul nak menghargai manusia di sekeliling mereka.  Apatah lagi manusia yang sepatutnya rapat dalam hidup mereka.  Menghargai ni bukan semestinya kena bagi hadiah…wang ringgit… intan permata.  Perhatian dan bersikap adil cukuplah.

To some,   jangankan nak menghargai dengan menunjukkan perbuatan yang indah2… nak ucapkan sesuatu…nak bercakap… nak memandang muka pun macam satu perbuatan yang sangat berat dan menyusahkan.  Punyalah tak berharganya manusia lain di mata mereka.

Bila orang lain tak pernah  berharga di mata mereka…. Semuanya tak ubah seperti surat khabar lama. Bila diperlukan dicari dan dibelek.  Bila tak diperlukan…campak sajalah ke  dalam stor hingga berusang dan  hancur lebur.

Itulah nasibnya… bila manusia tidak pernah menjadi penting dalam hidup orang lain.
 
 

2 comments:

Liza said...

Sedihnya cerita ni...

305 said...

Life is full of colors...cheers up with the rest of the colors that u have not yet explore...there is alwayz a first time for everything...