D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

"WHAT IF" - DARI PERSPEKTIF ADRIENA


Bila ada masa free jer, aku memang suka bersembang dengan Adriena pasal benda2 mengarut. Kebetulan last saturday dia takde   tuisyen kat sekolah. So bermalas-malasan kat rumah ajela. kalau tak, kesian dia penat. Selasa sampai jumaat dia busy dengan tuisyen dari lewat petang sampai dekat pukul 10malam. Hari Rabu kena stay kat sekolah sebab ada KOKO. Tengah hari, balik je rumah, dah kena siapkan homework. Tapi dia happy sebab hajat dia nak pegi tuisyen dah tercapai this year. Dari Standard 1 dia mintak nak joint tuisyen. Membebel2 aku tak hantar dia kelas tuisyen. Cuma this year aku rasa just nice untuk dia start. Hopefully dia tak dapat C lagi untuk BM. (Sayu hati mama sayang... mama ni orang melayu... orang kampung lagik tau, camana anak mama bleh dapat C untuk BM :) :)
So, that day aku main2 tanya soalan ‘WHAT IF’ dengan Na.....
dan soalan aku ialah "What if papa kawin lagi satu?".
Na : "Oh no no no.. Na tak akan benarkan perkara itu berlaku..." (Ayat drama sungguh)
Me : why?
Na : Mana boleh, nanti dia akan rampas barang2 Na.
Me : Barang?, barang apa?.
Na : Ma, nanti dia akan rampas Tab Na, lappy Na, gazebo kita, pond kita, kitchen kabinet kita...
Me : (Whatttt?????)
Na : Pastu anak dia pulak akan rampas bilik  tidur Na, bear Na, koleksi kipas Na, PVP PSP...... syampoo Na, bedak, owh lepas tu anak dia akan rebut channel astro dengan Na. Na nak tengok Backyard science dah tak boleh".
Me : (Materialistik jugak anak aku ni)...  Okey..okey... what if papa kawin dengan perempuan yang kaya, banyak duit, dia boleh beli semua barang2 macam Na tu. Dia boleh bagi lagi barang2 lain kat Na. Camana?.
Na : Kalau kaya macam tu, mesti dia jahat. Dia belikan rumah lain untuk papa, lepas tu nanti dia akan halau Na duduk rumah anak yatim. Na tetap taknak. Taknak!".
Me : Ok then....  ok....papa busy with course...
 
Itu rupanya yang ada dalam hati budak 10 tahun yerk.  Kelakar pun ada.
 
 
 

1 comment:

305 said...

"What if".....
- im fired..
- im late..
- im fail..
- im lost...
- im fall...
- bla bla bla bla...

"IF".....want it to happen or dont want it to happen....

ur choice....