D’ ŘőHǃȩ

Sunday

TABAHLAH SAL

Dalam pada berseronok jumpa cuzens... aku jadi sayu bila teringat sorang lagi cuzen aku kt kampung . Nama dia Salbiah tapi kita orang panggil Sal jer. Sal ni duduk n membesar kt Chenor. Dulu setiap kali aku balik kampung dgn family mesti Sal ni dgn dua lagi adik perempuan dia yg jd kawan bermain aku. Umur pun baya2 jer. Biasanya elok2 sampai je rumah nenek aku... tak tunggu lama kita orang terus terjun sungai pahang... macam jakun. Termasuklah abang aku tu... geng dengan pempuan.. huhu. Tapi dorang semua tere berenang.. aku je yg out.

Sal kahwin lebih awal dari aku. Anak dia 3 orang yang sulung dah PMR tahun ni. Tapi Allah bg ujian hebat dekat Sal. Just raya tahun lepas Sal n family eksiden kereta time nak balik raya. Masa tu dia dh dekat sangat nk sampai kg. Dekat area HOSHAS dah. Dalam kejadian tu... dengar cerita memang teruk. Kereta dia hancur. Dengar cerita juga memotong tak lepas. Tak tahulah kejadian sebenarnya.


Tapi memang sedih sangat sebab baby dia yg baru lepas pantang meninggal kat tempat kejadian. Tambah sedih lagi sebab anak kedua dia yang dimasukkan ke ICU pun disahkan meninggal sehari lepas tu. Alhamdulillah anak sulung dia selamat dan panjang umur. Sal sendiri pun masuk ICU dan parut jahit masih ada kt muka dia sampai skrg. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tengok muka dia yang comel tu.

Kebetulan pegawai JPA yang ambil kes Sal kt tempat eksiden tu ialah kawan sekelas aku dulu Remy. Remy nampak  ternampak status aku kat FB dia  terus  mesej  kat aku pasal kes Sal tu... menangis aku dgr cerita dia tentang tempat kejadian tu. Keadaan anak2 dan suami dia. Tapi yang lebih menyedihkan sebab suami Sal yang cedera parah masa eksiden tu sekarang dah berubah. Suami dia hilang ingatan.. tak kenal orang dan hanya terbaring. Setiap kali kawan2 atau saudara mara datang mmg dia tak kenal langsung.

Bayangkan... sejak eksiden tu Sal menanggung sedih sendiri2. Yang mendengar anak sulung dia ajela. Tapi semua keluarga sentiasa ada untuk Sal. Kami semua doakan yang terbaik. Dan aku tahu Sal memang tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup. Setiap kali bercakap dengan dia... mesti mengalir air mata dia. Walaupun badan dia kecil... aku tahu semangat dia hebat.

Aku sentiasa doakan hidup Sal kembali ceria macam dulu. Yang hilang tak mungkin berganti tapi yang ada teruskan berkasih sayang. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk Sal, suami dan anak lelaki sulungnya yang masih ada. Ada banyak harapan untuk Sal di masa2 akan datang.

Luv Sal.

1 comment:

305 said...

Best friends are friends that always with us whenever in joy and hard time...My bff...