D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

SAY NO TO CREDIT CARD




Last sunday aku  lepak2 kat Jusco dengan one of my girfriend Liza. Seronok juga sembang2 sebab dah lama tak keluar dengan dia. Macam2 topik keluar ... macam2 gosip keluar....  pasal kerja, pasal life, pasal kawan2, pasal anak2, pasal sumber inspirasi, pasal macam2 lagilah. 

Tujuan asal ke Jusco memang BUKAN  nak shoping.  Tapi apakan daya, 7 April tu plak last day sale.... apalagi (terpaksa) habiskan duitla. Liza memborong kasut dan tuttttt.... hehe. Aku plak seperti biasalah ke favorite shop... Primavera dan jugak tumpang sekaki memborong tuttttt.    Setengah hari jugaklah kita orang macam tak berapa nak sedar diri dalam tu.... hahaha.

Dah petang... baru terasa lenguhnya. Baru tahu nak mencari makan minum kat dalam Jusco tu. We end up lepak at one good corner sambil minum and makan roti. Next table ada a group of young girls (baru terasa diri dah tak berapa nak muda kan) pun tengah minum2.  Sambil2 minum aku overheard dia orang cerita pasal shopping mopping ni jugakla. 

One of the girl cakap dia gunakan kredit kad yang ke 2. Itupun dah almost max limit. And kawan dia plak cakap kad kredit dia dah berapa bulan tak bayar. Bayar pun sikit2 jer buat syarat. Then dorang start cerita seronok giler ada kredit kad tapi letih nak membayarnya. Dipendekkan cerita,  from overall perbualan dorang tu, aku boleh buat conclusion dorang macam ketagih nak guna walaupun tahu pedih jiwa nak membayarnya. Hmmmmmm....

Adik2 sekalian...  contohilah akak ni dik. SAY NO TO KREDIT KAD.  Sebenarnya since day 1 kerja, aku memang dah janji dengan diri aku tak akan guna kredit kad. Sampai hari ni aku berjaya mengotakan janji. (walaupun janji lain berlambak  tak dikotakan...) Setiap tahun baru...itulah azam aku. (To AUMI aku berjaya dengan yearly  azam ni okeh!!... proud of me kan.. haha).

Bila cakap macam tu, nanti ada yang cakap aku berlagak pulak. Konon macam orang banyak duit. Actually tak betul tu. Aku tak berani nak commit dengan kredit kad sebab aku ni jenis takde duit la. Nanti dah syok2 membeli belah, lepas tu derita tak boleh bayar.  Zaman mintak duit dengan mak dah lama berlalu. Now dah kena kerja sendirikan, baru tahu susah payah nak cari duit n   nak saving every month. Biasanya instead of beli dulu bayar kemudian, aku prefer simpan dulu beli kemudian. Takde komitmen, takde 'bunga', takde problem.  Dan  biasanya bila dah dekat2 dengan pay day... aku memang suka menghabiskan ..... By saying this, bukan bererti aku pandai kontrol financial flow... most of the time aku ter'over' shopping jugak... but at least with cash.  

Kadang2 sedih tengok budak2 muda yang bergaya sakan dengan handphone mahal,  baju branded, kasut branded tapi belum  hujung bulan dah sesak. Tak kudis pun pakai kasut murah... apatah lagi handbag murah.  Bagi aku, dalam hidup ni, kita kena realistik... (Bab ni akak ada sikit realistik dik, bab lain belum tentu!! :)


1 comment:

305 said...

YES to Debit Card..