D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

KITA ORANG STRAIGHT OKEY




Hari ni aku ada meeting kat Port Dickson. Sepatutnya aku tak pergi pun as aku pun memang tak suka outstation. Tapi tiba2 something happened kat other staff yang patutnya pergi this morning and dengan berat hati aku memaksa diri pergi jugak dengan sorang lagi girl staff.

Nak dijadikan cerita, masa pergi ke PD cuaca cantik jer. Tak panas sangat tak redup sangat. just nice. Lagipun aku bertolak belah pagi. Semuanya berjalan lancar. Meeting pun okey. Pegawai yang aku jumpa pun baik2 dan sangat helpful.

Dah selesai semua, afternoon aku bertolak balik ke KL. Tiba2 hari hujan. Makin lama makin lebat pulak. Sepanjang jalan tak nampak apa. Akhirnya kita orang stop kat RNR Seremban and lepak2 tunggu sampai hujan berhenti.

Lama jugak tunggu,  then bila hujan macam reda, cepat2 kami sambung drive. Tapi half way hujan lebat turun lagi. Sampaila ke ofis, hujan still lebat.

Ini baru nak cerita kesahnyer.....

Disebabkan kami takde payung, dan keta pun dah park kat parking luar, so terpaksalah kami dok menunggu dalam kereta. Kalau redah memang lenjun lah jawabnya. Takkan nak berbasah2 dalam ofis plak kan. And takkan nak terus balik rumah pulak sebab banyak kerja tak siap plus esok ada closing. So lepas satu lagu satu lagu kami dengar.

Lepas tu ada a group of girls lalu sambil ala2 meredah hujan. Then senyum2 pandang kita orang dalam kereta. Lepas tu lalu lagi couple bawak payung... pandang lagi kita orang  dalam kereta and jeling2 pulak. Pandang jeling pandang jeling....

End up aku cakap kat Rina "Tah2 dia orang fikir kita ni lesbian plak. Dok buat projek dalam kereta nih di tengah2 hujan".

Hahahahahhaha... sakan kita orang gelak.

Then aku n Rina  sama2 jerit... hello...we all straight okey. Terperangkap je dalam keta sebab hujan.

After 30 mins...  akhirnya kita orang redah je la.... Seb baik blazer banyak kat ofis... takdelah kesejukan.





No comments: