D’ ŘőHǃȩ

Monday

WHEN THEY CALL ME MAKCIK


 

Baru2 ni aku terlibat lagi dengan program di UKM. Program untuk budak2 sekolah yang sangat fun dan happening. Program 4 hari 3 malam ni of course memerlukan persiapan yang betul. Jadi utk tujuan tu, for sure ada beberapa kali aku kena pergi sana untuk meeting dengan student UKM nak setelkan banyak benda for the program. 

 

Persiapan semuanya cool ajer. Berjalan lancar.  Sampai masa, semua dah ready untuk hari program. But during pendaftaran aku tak dapat datang. Students2 UKM boleh uruskan peserta dan parents. Ada peserta dari sekolah rendah dan ada sek menengah. Yang paling muda baru 7 tahun. Great.

 

Hari kedua baru aku datang, kebetulannya malam tu aku terlibat sebagai juri dalam satu acara kreativiti. Kena bagi komen dan markah. Budak2 ni biasalah, bila dalam group, bersaing untuk jadi lebih baik semangat dia orang memang tinggi. Hebat. Sangat bangga tengok idea dia orang. Student2 UKM yang jadi fasi pun hebat2 semua.

 

Sampai masa nak komen dan bagi markah, aku pun ke depan. Start communicate. Bagi pendapat dan tanya soalan. Tiba2 one of the peserta angkat tangan nak tanya soalan. Peserta sekolah rendah. Not sure dalam darjah 3 kot. Aku pun angguk.

 

"Makcik, makcik... Nanti pemenang akan dapat hadiah kan"

 

Owhhh... Hakak tersentap okey. Dia panggil aku makcik... Makcik kah...????. Hahahhahahahahaha.

 

Then only I realize. Of course dia panggil aku makcik, sebab dia sebaya dengan anak aku. Tak dapat bayangkan cepatnya masa berlalu. Dulu2 aku pun pernah jadi budak sekolah rendah macam dia orang jugak. That time orang panggil aku adik. Then pernah jadi remaja macam student2 UKM tu jugak. That time orang panggil aku kakak. After that dah berkahwin and ada anak... Of course dipanggil makcik la kan... Hmmmmm.

 

"Yess... Setiap kumpulan akan dapat hadiah mengikut markah masing2.... "

Aku menjawab soalan peserta yang panggil aku makcik tadi.... Hehe

2 comments:

Rizal Gunx said...

h aha ha ha

305 said...

awesome!