D’ ŘőHǃȩ

Monday

AN AGREEMENT



Menghadap kontrak  baru kat ofis ni buat aku rasa nak pitam. Banyak betul term & cons yang nak dibaca and dipatuhi.  Bisnes macam aku ni mesti kena ada agreement aka kontrak  aka MOU aka whatever!. Bagi aku agreement ni is just a black & white promises between two or more party. (sorry yer my lawyer friends ...aku buat definisi sendiri).  Kalau ada pihak yang langgar... adalah penalti. punishment!.  Why is it important?. Sebab nak pastikan semuanya berjalan lancar. Kalau takde agreement nanti esok lusa dah berubah hati kan susah jadinya.

Sama jugakla macam hidup aku ni. Ada banyak perkara yang aku suka buat or maybe terlalu suka buat sampai boleh jadi rutin harian...or mingguan or bulanan,  tak kisah.  contohnya berbelanja...berbelanja...dan berbelanja... tak boleh nak stop. Other than that,  aku pun ada juga habit2 buruk yang lain macam suka bawak kereta laju2, suka masuk ofis lambat, suka tak jaga makan dan suka bersembang dengan kawan dan lain lain lain lain lain lagi.

Jadi untuk mengawal habit ni, aku kena buat agreement dengan diri aku sendiri. At least untuk stop habit2 buruk  ni dalam seminggu. Masa mula2 deal dengan diri sendiri, aku rasa cool. Hebat giler sebab boleh menongkah arah kan. berjaya meninggalkan rutin2 nih. Rasa macam jadi juara tanpa bertanding.

Akan tetapi.... kalau dah namanya habit... tak sempat dua hari... jiwa dah memberontak. Tak boleh tak buat. Demam agaknya kalau lari dari habit2 nih. camana tu. Takkan nak buat agreement baru setiap kali kan.

Pelikkan... ada banyak benda yang aku boleh buat. Tapi nak langgar rutin2 ni susah betul walaupun dah buat agreement dgn diri sendiri. Wut to do.


I hate agreement so much!

1 comment:

305 said...

MOU....