D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

WALAU PUN AKU SEORANG IBU, AKU MASIH TIDAK SEMPURNA....

Walaupun bergelar ibu, aku tidak semestinya betul setiap waktu berbanding anak aku.

Being a mother adalah satu pengalaman kurniaan Allah yang maha besar ertinya. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, lukisan mahupun gambarajah. Kalau satu ketika dalam hidup kita mempunyai ibu, kemudian satu ketika yang lain kita pula menjadi ibu.

Seseorang wanita itu selagi belum berkahwin, dirinya tertakhluk kepada ayah dan ibunya. Biar sehebat mana pun, ketaatan pada ibu bapa adalah tuntutan, kerana syurganya adalah di bawah ibunya dan ayahnya. Setelah wanita itu berkahwin, ketaatannya adalah pada suaminya. Biar sehebat mana sekalipun, ketaatan pada suami adalah tuntutannya kerana itulah syurganya. Namun setelah wanita itu menjadi ibu pada anak2nya sendiri… masyaallah syurga manusia lain yang bergelar anak pulak berada di bawah kakinya.

Pengalaman hidup aku sendiri menjadi ibu memang sangat indah. Walaupun pengalaman aku tak sehebat abang aku yang ada 5 orang anak ataupun kawan2 lain yang mempunyai anak2 yang ramai, namun membesarkan seorang anak dara yang nak masuk 9 tahun ni pun dah cukup besar maknanya. Hari2 kalau tak bermanja tak sah. Hari2 kalau tak merajuk pun tak sah.

Kebetulan karektor anak aku ni lain sikit. Dia ni penakut sangat budaknya. Kalau lepas makan nak pergi basuh tangan kat sinki kat dapur pun kena berteman. Kalau nak ke toilet kena berteman depan pintu, apatahlagi nak bermain di luar pagar. Kalau aku tak keluar, maka dia pun tak keluar la jawabnya. Tu belum bab tidur malam, selagi dia tak tidur, memang tak bolehlah aku tidur. Duk kena mengadap muka dia dulu.

Tapi, dalam pada penakut tu… menjawab tetap menjawab. Kenapa dia menjawab?. Sebab ada masanya dia rasa dia betul. Bukan dia menjawab kerana kurang ajar, cuma hati dia rasa dia perlu bagi tahu aku perkara sebenar (yang bagi dia adalah benar)… agaknyala. Dan dia mahu aku mendengar apa yang dia rasa itu. Contohnya… bila disuruh buat pembetulan kerja sekolah, dia akan cakap cikgu tak suruh buat lagi, so dia tak berani nak buat. Kalau disuruh mandi bila hari cuti, dia akan jawab hari tu cuti so dia nak berehat dari rutin harian dia. Dan aku seharusnya kena adil dengan mendengar apa yang dia nak cakapkan.

Nama pun budak. Bila difikir balik zaman budak2 aku dulu lagilah teruk. Tapi dalam banyak2 perkara dan pengalaman yang aku lalui, bukan banyak yang aku ajar pada Adriena, tapi banyak yang aku belajar dari dia. Aku percaya walaupun aku adalah ibunya, tapi aku tidak semestinya betul setiap masa. Hanya kerana umur aku lebih tua dari dia, tak semestinya aku tahu semua benda.

Aku banyak belajar dari Adriena, walaupun aku ibunya, namun aku ini adalah manusia biasa. Aku tidak maksum. Aku tidak sempurna. Bahkan aku masih jahil dalam segala ilmu Allah. Aku hanyalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Aku tidak semestinya betul setiap masa. Jadi aku sentiasa berazam untuk sentiasa belajar dan mengajar bersama2 anak aku.

Thank you Eby sayang kerana banyak memberi bunga kehidupan di sini dan di sana untuk mama…. Dan papa.

........................

No comments: