D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

AKU MEMANG GAYAT DENGAN KETINGGIAN....

Ketinggian adalah trauma aku yang paling teruk. Orang kampung aku cakap ‘gayat’. Bukan sikit2 takutnya… ferrrr… boleh muntah hijau jawabnya.

Nak dijadikan cerita cuti sekolah hari tu ada saudara aku yang kahwin di Melaka. Aku, B dan Adriena pun pegilah sekali. Alang2 dah sampai ke Melaka kan… takkan tak pergi ke Bandar Hilir. Hotel pun memang di area situ saja. Agak dah lama tak ke sana, tengok2 dah ada Menara Taming Sari. Masa aku google tu tak faham sangat konsep menara ni. Ala2 keris taming katanya. Bila dah sampai kat sana barulah faham. Rupanya asas menara tu bentuknya bulat meninggi. Berapa ketinggiannya tak sure. Tapi structure tiang yang kukuh ala2 Menara KL gitu. Namun, menara ni hanyalah tiang. Tiada akses ke bahagian dalam badan menara tu. Tiada lif untuk pengungjung turun dan naik. Jadi…?. Yang turun dan naik membawa penumpang tu ialah rumah kaca yang bulat. Tinggi dalam entahla…. Tak sampai 3 meter aku pasti. Dindingnya kaca dan boleh nampak dari dalam ke luar dan sebaliknya. Sambil rumah kaca tu naik ke atas ianya akan berpusing. Jadi boleh Nampak seluruh Melaka (kena sewa binocular)

Mula2 aku tengok, sumpah aku tak nak naik. Muntah kat dalam tu nanti. Tapi, Adriena bersungguh betul nak naik. Jadi pagi2 ahad tu kami dah beratur beli tiket. Adriena memang 150% berani nak naik. Aku pulak the other way around. Tapi alang2 dah beratur kan… takkan nak tengok jer. Naiklah jugak. Walaupun dalam hati aku ingat banyak lagi dosa kat mak tak mintak ampun.

Time gerak aje… tapak kaki aku rasa macam tercabut. Kosong abis dalam perut. Nasib baik naik slow2. tapi si Adriena bkn main excited. Mana pulak datang semangat dia nih.. setahu aku dia penakut. Kalau main kat genting pun takat indoor jer la. Lagi satu aku rasa aku dah gemuk sekarang. Entahla rumah kaca tu boleh support berat aku ke tak. (Boleh gitu????). hahaha. Bila dah sampai atas, rumah tu berhenti. Aku tak dengar sepatah pun suara pemandu tu bercakap. Yang aku ingat banyak jugalah ayat lazim aku sempat baca. Maklumlah, berlambak je bangunan runtuh kat dunia ni kan.

Tapi bila tengok Adriena dan B seronok jer, dorang pun encourage aku untuk tengok keindahan alam dari atas awan (bolehla kira gitu) aku pun cuba beranikan diri pegang dinding kaca tu. Tapi cepat2 aku duduk balik. Bimbangkan dinding tu runtuh. Lepas tu cuba pulak nak bergambar, tapi, aku tetap tak melangkah lebih dari kerusi aku sendiri. Masa tu dalam hati menyesal kenapalah aku naik ni tadi. Kan ke bagus tunggu je kat bawah menara tu, sambil minum2 air. Ferrr…. Serius gayat. Dulu2 pun masa aku dalam bidang construction, kalau naik lift pekerja kat bangunan tinggi, jgn haraplah aku nak pandang bawah. Kalau ada indon dalam lift u pun..aku sanggup lagi tengok muka indon tu. Janji tak nampak tanah.

Akhirnya, selepas beberapa minit, turun jugakla aku ke bumi dengan selamatnya. Alhamdulillah. Adriena mintak nak naik lagi, tapi next time jangan haraplah aku nak naik lagi. Dan pada sapa2 yang takut ketinggian macam aku ni… gud luck mencuba yer.

..............................

No comments: