D’ ŘőHǃȩ

Saturday

KEHIDUPAN DI KAJAI : SEGALANYA PERKONGSIAN

...............................

Minggu lepas, berlangsunglah dengan jayanya satu mini re-union raya dengan geng2 Kamsis Rahim Kajai UKM dulu. Takla ramai sangat yang datang, tapi kira meriah lebih kurang majlis kawin Putera William jugakla. Buat kat restoran Nelayan Titiwangsa.. ala2 terapung atas sungai Thames gitue. Dengan Ikan keli berenang2 bapakla besarnyer dalam tasik tu.... kalau nak makan kena 4 hari rebus baru empuk kot...

Mula2 sampai aku sibuk menengok meja dan kerusi, takut tak cukup, takut tempat tak spesel, takut takde alas, takut tak berbumbung, takut itu, takut ini... tapi bila sorang2 demi sorang muncul... takut tu hilang. yang timbul mestilah perasaan seronok. seronoklah kan bergosip... gosip free saper tak nak. ferrrr.

Bila dah berkumpul tambah pulak budak2 JAKSA yang fresh pun datang... apalagi.. macam2 cerita keluar. Heksen pun ada gak. Masa tu perasaan toksah citerla. rasa nak balik ke zaman tu. rindu satu hal.. seronok dua hal.. takde masalah tiga hal... ala2 dunia ini aku yang punya. Betulla kan, masa tu takde fikir nak bayar kereta, bayar bil, bayar duit anak, apatah lagi bayar broadband. Masa tu pun tak fikir hari2 nak mengadap bos, nak buat tender, buat proposal, nak naik pangkatla, perang dengan staff la... huiiiiii... main2 betul masa tu. Agak2 rajin sampai ke kelas.. agak2 malas.. buat2 la sakit kepala sakit perut bagai... bukan tak faham memasing. Tapi petang2 sihat je melompat kat padang.

Tapi one thing yang aku takleh lupa pasal kehidupan kat Kajai ni.. segalanya adalah perkongsian. Mungkin tak bagi orang lain, tapi bagi aku ianya memang true... walaupun tak semua Kajaian berkongsi dengan aku...tapi mesti berkongsi dengan geng2 jahat masing2. Yerla, zaman tu zaman mengharapkan duit kerajaan. Awal semester je bergaya hujung semester je papa kedana.... Nasib baik bayar balik tak sampai 10%. Itupun liat nak bayar... jadi apa yang ada pakatla dikongsi bersama. Sungguh afdhal.

Bagi yang berkapel, perkongsian memangla sungguh sweet.. tapi bila dah putus semuanya sungguh siutt.. haha. tapi memang betul, kapel semua share. makan bersama, study bersama, notamu notaku juga, motormu motorku jua, keretamua keretaku jua, duitmu duitku juga, duitku bukan duitmu. Kafe Kajai tu kalau boleh bercakap letih dah jadi dia bercerita.

Kadang2 terkejut jugak cerek air dari block paling bawah boleh sampai kat blok 2 tingkat kat atas. Periuk nasi tu pulak siap boleh buat tour. hari ni orang ni masak nasi, esok orang tu rebus kerang, lusa orang tu kenduri maggie. takat iron, radio, tv, komputer tu lagilah happening. time ada juara lagu jer.. berlonggok dalam bilik sampai 14 orang pun muat. musim membuat tesis je... berebut nak menaip. Tu belum kira esok nak hantar assignment, 4 pagi ni baru nak menaip...

Time buat program toksah citerlah. lagi2 Hari Keluarga. Tak kira lelaki atau perempuan... berjawatan atau tidak... jaksa ke bukan...berduit atau pokai... semuanya pakat membanting tulang. Ingat satu malam tu pakat membasuh kapet depan pejabat. Nak dijadikan cerita kapet tu kena hujan. Dia punya bau pehhhhh lembu pun taknak hidu. jadi gasakla malam tu ramai. bestkan.

Bab baju, tudung, mekap, sandal, handbag... uissshhhhh hartamu hartaku juga. hari ni aku pakai esok dia pakai plak bawak presentation. Kalau nak bersukan pun sama jugok... jersi main tukar2 jer. maklumla yang berendam dah dua hari tak basuh lagi.... gilesss selamber...

Tapi yang paling manis bila share bab bercinta dengan kawan2... so sweet. ada yang menangis, yang gembira, yang berbunger2, yang menonggeng.... yang bertukar kapel.... macam2 versi ada. tak kira yang merajuk pusing blok main kejar2... hahahhahahaha, aku takleh lupa semua tu. rindu giler zaman tu. Tersangat rindu. Betulla orang cakap, zaman belajar ialah zaman yang paling dirindui.

Kalau boleh kembali ke zaman tu...aku tetap tak nak kembali, biarlah jadik kenang-kenangan jer. apa yang boleh dipelajari dari zaman tu, jadikan iktibar untuk masa depan. Pada kawan2 yang sama zaman dengan aku... keep in touch. kita teruskan hidup dengan jayanya..... Insyaallah.

...................................................

2 comments:

ontahsapo said...

cewah...

Rohiez said...

cewahhh