D’ ŘőHǃȩ

Saturday

JANGAN BERSEMBANG DI DALAM SURAU ...

Aku betul2 tak faham kenapa ada orang yang suka bersembang dalam surau yang kecil sampai boleh mengganggu orang lain nak sembahyang. Kebetulan hari ni aku ada kerja di KL. dah petang baru balik. Nak dijadikan cerita, jalan jem pulak nak balik rumah. Takut lambat sampai rumah aku pun berhenti kat Petronas sembahyang asar dulu. Aku tengok dalam tu ada 3 orang perempuan baya2 aku jugakla. Tengah dok bersembang punyala semangat. aku tak kisahla sebab takde orang sembahyang masa tu.

Tapi yang tk syoknya, bila aku dah sembahyang, dorang masih tak berhenti lagi sembang. siap cerita dia tu cikgu, ngajar kat sekolah tuttttttt.... buat program itu, program ini. ishhh banyak pulak ceritanya. Aku ni pulak bukan jenis yang tak boleh khusyuk. Iman tak tebal. Tambahan lagi kalau orang bercakap kuat2. ala.... surau petronas besar mana sangat kan.

sebab dah tak tahan, aku pun berdehem. Takde respon. jap lepas tu aku pun berdehem lagi. Still takde respon. Kali ketiga aku berdehem lagi... dan nampak gaya memang tak faham jugak. Jadi aku pasrah je la. Nak buat camana. sudahnya, aku habiskan saja rakaat bagi salam dan aku terus keluar.

Ini mengingatkan aku pada satu lagi insiden di surau airport Penang. Masa tu aku nak balik KL, flight malam. Aku takut lewat sampai rumah so baik jamak siap2 maghrib dan Isya'. Nak dijadikan cerita, ada seorang makcik dan perempuan muda dalam tu. Pun sama, bersembang punyalah kuat. aku dah berdehem pun tak jalan. sebaik bagi salam aku bangun nak habiskan jamak, aku tegur sikitlah

" Kak, boleh sembang kat luar tak. saya nak sembahyang ni".Dan aku terus je sambung solat. Danaku dengar dorang bercakap lagi ...

"Apa dia cakap tadi?".
"Dia suruh kita sembang kat luar, dia nak sembahyang"
"Memang kita nak keluar pun nak naik kapal terbang... takkan nak tidur kat sini"

Sebagai kesimpulan... entahla, simpulkanlah sendiri, sebab saya ni pun masih jahil.

.....................................

No comments: