D’ ŘőHǃȩ

Saturday

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Dah lama betul tak update blog. Dari bulan puasa sampailah dah raya. Nak kata sibuk, memang sibuk jugalah. sangat tak berkesempatan. Ni dah ada masa, bolehla update pasal hari raya...

Raya tahun ni bagi aku sama saja meriahnya dengan tahun2 sebelumnya. Tapi bagi Adriena, mestilah lebih meriah. dia dah 8 tahun. dah pandai bergaya, pandai pilih baju sendiri... ditambah lagi dengan habuan dari janji2 manis kalau menghabiskan puasa. seronok betul dia bercerita pasal kisah raya dia....

sebut pasal kisah raya ni, macam2 cerita boleh dibaca di dada2 facebook... ada yg seronok menjual kuih raya, ada yang hangus bajet terlebih beli baju raya, ada yang tak sempat tukar duit raya, ada yang meroyan tak dapat bergilir balik raya... ermmm macam2.

Semuanya perlukan perancangan....berbincang elok2, jangan berkira dengan pasangan, jangan berkira dengan keluarga pasangan, buat senarai, jaga bajet... Insyaallah raya tahun depan semuanya baik2 saja...

Lepas raya, seperti biasa melanggar diet sambil menghadiri majlis rumah terbuka.... sambil berjumpa saudara mara dan kawan2.... seronok... kolesterol tu kita tolak tepi dulu la... hehe

Selamat semuanya kawan2...

.............................................

No comments: