D’ ŘőHǃȩ

Sunday

THREE MONKEYS

..................
Baru2 ni aku cuti, saja nak rehatkan minda gitu. sebenarnya takde apa nak buat pun, jadi layan tv ajerla. Tiba2 hari tu ada satu movie baik punyerr kat astro. Tajuknya THREE MONKEYS. Filem ni aku rasa dari Timur Tengah, tapi aku tak sure negara mana exactly. Mula2 tengok macam nampak boring. Filem ala2 konservatif sikit. tapi bila dah follow...pehh memang superb citer ni. patut pun dapat anugerah kat Cannes film Festival. Apa yang best...? hmmmm ni nak bg tahu.

citer ni pasal seorang tokoh politik, seorang driver kepada tokoh politik tadi yang mempunyai isteri dan seorang anak lelaki, dan seorang pekerja restoran yang juga kawan kepada driver tadi. Tak ramai wataknya..tapi kaitannya sangat rapat.

Pertama :
Satu malam, ahli politik ni drive kereta sendiri. Si driver tak ada hari tu. Nak dijadikan cerita malam tu ahli politik ni terlanggar seorang manusia dan mangsa tu mati di tempat kejadian. Jalan tu gelap dan tak ada sesiapa yang nampak kejadian tu. Tapi ahli politik ni takut kot2 ada yang ternampak jugak kereta dia dlm gelap tu, lalu dia buat satu plan. Dia pergi berjumpa dengan si driver dan mintak si driver mengaku dia yang langgar orang tu. Katanya, selepas 6 tahun,dia akan keluar dari penjara, dan ahli politik tadi akan bagi dia wang besar dan setiap bulan juga sepanjang di penjara gajinya akan dibayar seperti biasa pada keluarganya.

Kedua :
Sepanjang si driver di penjara, si isteri dan anak lelakinya hidup macam biasa. tiap2 bulan dapat gaji dari pejabat ayahnya. Hinggalah satu hari anak lelaki tadi suruh siibu mintak separuh dari wang yang nak berikan kepada ayah dia nanti untuk membeli kereta. Orang muda.. nak berkereta jugakla. dengan serba salah, si ibu pegi jugakla ke pejabat ahli politik tadi. Sebaik sampai, bersembang dan mintak duit, maka dapatla. Tapi..ahli politik tadi dah berkenan dengan si isteri driver tadi. Si isteri juga sama berperasaan. Maka berlakula hubungan terlarang. Si anak lelaki dapat tahu. Sebaik ayahnya keluar dari penjara, anak lelakinya membunuh ahli politik tersebut untuk mengelakkan hubungan tersebut diketahui ayahnya.

Ketiga :
Pihak polis mendapati nombor panggilan terakhir di dalam telefon ahli politik tadi ialah nombor si isteri. Lalu siisteri dan si driver tadi disoal siasat pihak polis. sehinggalah anak lelakinya mengaku di rumah bahawa dia yang membunuh. Si driver baru keluar penjara, takkan nak biarkan anak lelakinya pulak masuk penjara. Lalu dia berjumpa dengan si pekerja restoran tadi.

Keempat :
Si driver tadi memberikan ayat yang sama kepada pekerja restoran tadi sebagaimana yang dijanjikan oleh ahli politik dulu kepadanya. bila keluar dari penjara nanti, dia akan berikan sejumlah wang padanya. setelah bercerita itu dan ini... akhirnya pekerja restoran setuju juga menjadi pak sanggup.

ermmmm..... rasanya aku faham apa maksud 3 monkeys ni. Pengajarannya dan sindirannya banyak sekali. ahli politik yang nak menjaga reputasi, golongan bawahan yang hidup susah dan menderita tanpa wang, kerana sayangkan keluarga, manusia sanggup buat apa saja, menjadi pak sanggup berlaku di mana2 saja dalam dunia nih, iman itu hanyalah senipis kulit bawang...dan banyak lagila..... yang baik jadikan pedoman.. yang buruk jadikan sempadan.

...............................

No comments: