D’ ŘőHǃȩ

Saturday

SERBA TAK MENJADI



Hari ni rasa macam nak buat banyak benda tapi semua tak menjadi. Dari tadi mengadap blog, nak update apa yang patut... tapi tulis half way dah tak ada idea. Berhenti sekerat jalan. selalunya tak macam ni. Nak kata tension, tak juga. Nak kata penat.. pun tak juga. Tah la, maybe kadang2 memang begitu kot. Takkanlah idea selalu ada kan. Ada masanya idea pun nak berehat jugak... kott..

Tapi memang menyakitkan hati sebab tengah bersemangat nak menulis, tapi takde idea. Blank macam takde arah tujuan pulak. Nak beralih buat kerja lain, takde mood pulak. Sudahnya... hadapkan juga.

Pusing kanan, pusing kiri... recall sana sini .. pun tak datang jugak idea ni... Pandang langsir, pandang tv, pandang kerusi...... aduiiiiii why why why...???. Si Adriena dari tadi dah layan 3 CD..Lagenda Budak setan, Upin dan Ipin and now Lu Fikirla Sendiri plak. Tapi aku ni satu post blum kluar. Camana tu yerk.

errmmmm.... Tapi aku rasa ini normal kot. Ada masanya kita memang takleh nak fikir. Kalau setiap masa ada idea, semua orang dah berjaya dengan senang kan. Adilla tu. Sekurang2nya kita boleh hargai saat2 kita mempunyai idea yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Tapi bila fikir balik, idea tu boleh digenerate dari banyak sudut. Takde idea nak menulis blog pun boleh dijadikan sebagai satu idea untuk menulis blog. Cool kan.

..........................................

1 comment:

gunx said...

ceh...