D’ ŘőHǃȩ

Friday

TRAGEDI 2 JAM BERSILA DI PETROSAINS



.......................
Bila time2 cuti sekolah ni, semua orang ambil kesempatan pegi bercuti dan melawat sana-sini kan. Ni yang buat teringat aku satu kisah melawat Petrosains dengan Adriena. Tapi sebut pasal Petrosains ni pulak.... aku ni sebelum2 kejadian ni, tak ada hati langsung nak melawat Petrosains ni. Entahla kenapa. Macam tak teruja langsung. Kalau lalu kat KLCC tu mcm buat2 tak nampak jer. Kedai Vincci ke, zara ke, takpun KFC ke nampak jerr... Shoping tingkap pun apa ada hal kan.. Tapi ditakdirkan, beberapa bulan sebelum kejadian ni, syarikat aku terlibat dengan kerja upgrading petrosains, dan aku sendiri terlibat secara langsung dengan projek ni.

Masa pertama kali buat site visit, hari Isnin. Isnin Petrosains tutup untuk buat kerja2 maintenance...jadi tak nampak sangat fungsi peralatan dalam tu. Lepas tu... bila dah hari2 masuk... barulah teruja giler. Itu nak try, ini nak try. Yang paling best aku baru tahu besar rupanya dinasour dlm tu... hehe.

jadi, di satu musim cuti sekolah, aku pun bawakla Adriena visit Petrosains. aku pegi berdua aje. Masa tu dalam pukul 12. Sampai2 je..mak aiiii ramai giler orang. Bila dah beli tiket... cashier tu cakap turn kita orang dalam pukul 2 baru boleh masuk... sebab nak que keretapi tu lambat. So... aku pun bawaklah Adriena keluar kononnya nak pegi makan dulu.

Tapi entah kenapa, tiba2 Adriena tarik balik tangan aku. dia keras kat situ tak nak keluar. Aku tanya kenapa, dia tak jawab. Tapi dia buat muka cuak macam takutkan sesuatu. Puas aku pujuk. ada dua tiga parents kat situ pun tanya2 dia jugak. risaulah kan.. kot2 ada budak2 lain pukul dia masa beratur tadi ker... dia sakit perut ke, rimas sebab orang ramai ker... penat beratur ker... Tapi tetap takde jawapan.

"mama, Na tak nak keluar. kita duduk sini je la. Tak nak keluar"
"Tapi lambat lagi nak masuk ni sayang. Kita pegi makan dulu ke, jalan2 dulu2 ke, buat apa yang patut dulula"

Tapi adriena tetap tak nak. Jadi untuk mengelakkan dia menangis... aku turutkan sajalah. Sebab aku tahu adriena ni jenis yang penakut sikit. aku pun pandang2 keliling cari port nak lepak. Tapi kat dalam tu takde kerusi nak duduk. nak call kroni2 Petrosains pun dorang tak kerja hari cuti. Last2...aku pun dudukla di satu sudut tepi dinding kaca.... sambil bersila memerhati orang lalu lalang.. dan diperhati orang lalu lalang. bayangkan dari pukul 12 lebih sampai pukul 2... ngeri jugak tu.. kebas kaki tangan.

Dalam pada puas aku pujuk adriena, tanya dia kenapa.. kenapa.. kenapa. Sudahnya aku cakap kalau dia tak nak bagi tahu aku call aje polis supaya polis yang tanya dia... hehe.. gertak je tu.


akhirnya adriena pun jawablah...

"tadi ada orang laki, rambut dia tegak2.. kaler2. Dia berdiri kat luar sana tadi"

"Kenapa ..? orang tu kacau Na ke, dia buat apa kat Na....?"

"Tak ada... tapi Na tengok dalam cerita gerak khas... orang lelaki macam tu orang jahat. Na takut sangat kalau dia tangkap kita sebab papa takde sekarang...."

hah.... bolehhh???

Okey.... lepas tu baru aku faham. pengaruh drama buat dia rasa tak secure. Nasibla budak rambut kaler tu... tak pasal2 di cop orang jahat oleh adriena... Tapi walaupun aku dah explain budak tu tak semestinya orang jahat, dia tetap takut nak keluar dari lobby petrosains tu... so nak tak nak terpaksa la jugak aku bersila kat situ. 2 jam tu.. dengan perut berkeroncong lagi...

sampai turn masuk dalam tu... adriena punyalah seronok sampaikan bila keluar tu dia dah lupa pasal budak rambut kaler tadi... hehe

..............................................

No comments: