D’ ŘőHǃȩ

Friday

TENKIU FACEBOOK



..........................

Teknologi berkembang pesat. Banyak gadget baru keluar setiap hari. Banyak ruangan atau laman sosial dicipta. Macam2 fungsi yang ada. Terserahla pada pengguna macam mana nak guna dan nak guna untuk tujuan apa. Tapi satu yang aku paling suka dan nak berterima kasih jugakla ialah facebook. siapa yang tak tahu FB kan. Dari budak2 sekolah rendah hinggalah yang dah pencen. semua guna FB untuk berhubung dan mengetahui perkembangan kawan2, anak beranak, saudara mara, golongan ilmuan, selebriti dan info dari syarikat2 besar ataupun prinsipal dari luar negara jugak. cool kan tu!. walaupun ada yang cakap FB ni punca kepada masalah2 sosial yang berlaku...pada aku simple je. Kalau nak buat jahat tak payah ada FB pun tetap buat jahat jugak. Tengoklah apa niat sendiri kan. Melalui FB pun kita boleh sampaikan mesej positif dan keagamaan.

Aku sebenarnya dikenalkan dengan FB oleh seorang kawan sebab masa tu aku nak keep in touch dengan sorang lagi memba lama yang bekerja kat china masa tu. Deyna nama dia. dia kerja dengan Sime darby kat Wei fang China. walaupun aku dah pernah ke china, tapi sikit pun tak tahu kat mana weifang tu. Dengan adanya FB, hari2 pun boleh chat dengan dia. tak keluar duit pun. Tiap2 hari boleh tahu perkembangan dia... kan best tu. Lepas tu, tambahla sorang demi sorang kawan dalam FB tu. kawan sek rendah, sek menengah, kawan U, kawan kerja, termasuklah saudara mara dan adik beradik termasukla jiran tetangga. kelas kan...

Bila dah add, memang tiap2 hari boleh tahu aktiviti dorang. Apa dorang buat, apa dorang gaduhkan, mana dorang pegi, dah berapa anak dorang, dah kawin ke belum, keje kat mana, dapat tengok gamba2 terbaru dorang... ada yang menten.. ada yang pertambahan .. hehe.

Yelah, sebelum ada Fb dulu, walaupun ada nombor telepon dorang.. takkanlah tiap2 minggu nak sms atau call tanya perkembangan dorang kan...

"Minggu ni ko gi mana?"
"Ko makan apa semalam?"
"Ko dah bayar loan degree dulu ker?"
"Ko tak balik kampung ker?"
"Ko kenapa tak kawin2 lagi ker?"

agak2 la kan.... Kalau kita tak muak nak tanya.. kengkawan tu yang muak nak jawab. hehehe. Mestilah kita segan nak contact kerap2. kredit pun nak simpan untuk AFUNDIke 32999 lagi kan.... Jadi dengan adanya FB ni.... apa saja yang kawan2 update, kita terus dapat tahu. Tak kiralah kat mana dorang berada.

Tapi, aku berterima kasih juga pada FB sebab aku dapat tahu anak sedara aku Nazrin masuk hospital melalui FB. Ramai lagi sedara mara yang dapat tahu. Yelah..kalau nak call sorang2 pun letih jugak...dah la dorang kelam kabut. Dengan kakak ipar kat hospital.. abang aku pulak tak balik lagi dari outstation. Dan Alhamdulillah, semuanya dah selamat hari ni.

Tapi...dalam pada tu janganlah sampai addicted dengan FB pulak. Sampaikan time keje pun dok sebok berFB. kalau time takde keje takpe.. kalau time keje banyak tu camana. Dan agak2la.. kalau ofis mate lain tengah tunggang langgang siapkan keje...takkan kita pulak tunggang langgang update FB... tak gitu.

........................

No comments: