D’ ŘőHǃȩ

Thursday

TENDER TENDER DAN TENDER....!

............................

Tender oh tender.....

Sepanjang kerja ni, aku rasa buat tender tu dah jadi sebahagian dari rutin hidup aku la. Kat mana kerja sekalipun, konsepnya tetap sama. Kena prepare, chase prinsipal dan kejar dateline. Huh... Cuma yang beza ialah kecik atau besar value tender dan sekejap atau lama frame time. Tapi sebut pasal tender ni, ada dua perkara je yang bermain di kepala aku. Hapiness dan gilerness... Serius.

Tapi kita kasi gempak dengan citer pasal hapiness dulu la. Bila dah hantar tender, kemudian shorlisted dan seterusnya diawardkan... memang best giler. Lagi2 kalau valuenya puluhan juta. Walaupun duit tu masuk akaun company... tempias tetap kena kan... Walaupun lepas tu pening kepala nak handle projek..tapi yang penting projek dah dalam tangan. Takat nak bejalan buat muka belagak kat site tu no hal la... hahahaha.

Part yang gilerness ialah masa nak prepare tender. Huh... ada tender yang itemnya cuma satu jenis.. ada tender yang itemnya sampai beribu jenis dan kuantiti. Tengok pun macam nak tak nak je. Dah tu... nak tunggu harga dari prinsipal sekian lama. Kang bila call, cutila, off la, sakitla, server down la... kena tunggu jugak. Ada jugak yang pagi closing dateline tu baru dapat harga. Bayangkan... ngeri. Nasi baik ofis kat KL..jadi senang je nak hantar tender.

Dah tu, bila dah dapat harga, nak convert currency lagi satu hal. Dah elok2 tukar ikut daily rate, ehhhh adalak instruction kena tukar ikut rate suka2 hati... camana tu.. hehe. Tapi itu boleh diformat so taklah leceh sangat. Cuma part nak double cek tu yang ambil masa sikitla.

Bab nak final touch tu paling menakutkan sebenarnya. sekali cek nanti ada lak yang tertinggal last minute. Time tu nak printla, nak typela, nak compile...and and and..

Tapi yang best bila bekerja teamwork. pakat kenduri sikit sorang okla. Kalau buat sorang memang pengsanla. Sebab tu ada team yang pandai dan willing untuk buat kerja sangat penting. Tak kira apa title, senior atau junior, kecik atau besar... yang penting teamwork. Sebab in realiti susah nak dapat yang boleh buat kerja sama2 ni.

Pengorbanan staff untuk siapkan tender ni sebenarnya sangat besar. dapat atau tak dapat tender tu perkara kedua. Ada staff yang stay kat opis sampai lewat malam. Tak merungut pun. Ada yang bawak anak sampai tertidur kat opis sekali. Tak dapat dinner dengan husband kat rumah. Tak dapat teman anak buat homework kat rumah. Ada yang husband dok menunggu kat luar opis sampai siap kerja tengah malam. Aku memang terharu dan respekla. Dah tanggungjawab... pikul jugakan.

Sebenarnya aku bertuah sebab ada team yang sangat best. Dalam KPI mesti korang dapat 100% la... hehehe. Sanggup sama2 buat kerja tak fikir gaji atau title. Jadi pada yang masih berkira nak buat kerja, berkira nak teamwork, berkira nak belajar dan berkira nak itu dan ini... just remember... what goes around comes around. kan.

Good luck to my good team foreva!.

..............................

No comments: