D’ ŘőHǃȩ

Monday

WANITA BERJAYA...ANAK TETAP NO SATU

..............................

Dalam dunia moden hari ni, ramai wanita berjaya dalam kareer dan keluarga. Ada yang berjawatan besar, ada yang jadi ahli perniagaan yang gah. Ada yang jadi ikon dalam masyarakat mahupun dunia. Aku bukan nak cerita pasal semua wanita2 hebat ni… tapi aku sangat tertarik dengan dua selebriti berjaya ni. Wahhhh citer pasal selebriti la pulak. Tapi janganlah salah faham. Bukan saya nak menjadikan selebriti sebagai ikon dalam hidup saya, Cuma saya tertarik juga bila ada selebriti yang berjaya dan mereka tetap mengutamakan anak2 mereka setiap masa. Bagi aku, selagi wanita tu berjaya apatah lagi sebagai public figure dan mengutamakan anak2… itu sangat menyentuh hati.

Dua orang yang aku nak share ialah hajah Ziela Jalil – seorang pelakon serta penerbit dan Kimora Lee Simmon – bekas model dan business woman yang berpengaruh. Ziela Jalil ialah pelakon popular zaman aku sekolah dulu. Seksi… jangan cakapla. Tapi sekarang, beliau ialah ibu tunggal bersama dua anaknya. Aku pernah terlibat dengan kerja2 ubah suai rumahnya di Hartamas. Beliau sangat menyayangi dua orang anaknya. Tak pernah tinggal anak2 dan berlembut dengan mereka. Semua mesti special untuk anak2 dia. Kini Ziela dah menamakan dua orang anaknya sebagai penerbit eksekutif dalam syarikat penerbitannya. Aku bangga dengan beliau sebab bila bermesyuarat di pejabat aku dulu, dia mesti menunaikan solat sebaik masuk waktu. Great. Contoh yang sangat baik untuk anak2 dia. Aku tengok anak2 pun jenis yang baik, soft dan tak banyak songehla. Ini berdasarkan apa yang aku tengok depan mata…. Belakang mata aku tak tahu. Tapi aku bangga bagi mana2 selebriti yang mengutamakan anak2 dalam hidup mereka.

Yang kedua aku nak share tentang Kimora Lee Simmons. Kalau siapa2 yang biasa tengok Kimora life in fab line …. Mesti kenal dia. Mulutnya laser. Apa yang dia tak cakap dalam melaksanakan kerjanya. Tapi satu perkara yang aku suka ialah dia sangat mengutamakan anak2 dia Ming dan Aoki serta baby boy dia Kinzo. Dia pastikan anak2 dia mempunyai produk sendiri, mereka cipta paten sendiri dari segi baju, patung, mainan dan sebagainya. Kimora membawa beg yang direka oleh anaknya yang berumur 10 dan 8 tahun ke majlis besar…. Dia juga mengambil kira pandangan anak2 dalam membuat keputusan. Anak2 dia boleh menyusun perabut rumah.

Entahla kan… maybe setengah orang melihat perkara2 ni sebagai normal dalam hidup dorang. Tapi bagi aku… tak kiralah siapa orang tu, kalau mereka mengutamakan keluarga terutamanya anak2….. itulah wanita sejati.

Dan aku ingin jadi salah seorang dari mereka. Go women.. go mothers.

..........................

No comments: