D’ ŘőHǃȩ

Saturday

"SAYA TERKEDU"

...........................

Di zaman sekolah dulu ustazah saya sering berpesan...
"kalau kamu buat sebarang amal kebaikan simpan sahajalah untuk diri kamu sendiri. Jangan sekali2 dihebohkan kepada orang lain. Biarlah kalau orang lain tidak tahu walau satu pun".

Ustazah pun pernah berpesan
"Lebih baik kalau kita tidak tahu apa ganjaran disebalik perbuatan baik kita, untuk mengelakkan kita mengharap balasan pahala semata2"

Dan lagi
"Kalau kamu ada ilmu, kongsilah dan ajarlah kepada orang lain, jangan sekali2 kamu riak, takbur dan menunjuk2"

Saya harap pesanan itu sentiasa kekal di dalam diri saya selama-lamanya.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah sikap manusia yang sangat riak dengan ilmu yang dimiliki. Pernah satu hari saya mencadangkan kepada seorang hamba Allah yang saya gelarkan ABC. Dalam satu perbualan, saya mencadangkan untuk mencarikan ustazah menemankan ABC mengaji kerana dia berada di tempat saya ketika itu. Saya langsung tidak menyebut ustazah itu siapa, berapa banyak ilmunya, di mana dia mengajar atau apa2 maklumat tentang ustazah tersebut. Namun saya yakin ustazah tersebut boleh memberikan sedikit ilmu kerana emak saya sendiri pernah mengaji dengan ustazah tersebut.

Namun Hamba Allah tadi menjawab kepada saya
"Heh..silap2 saya yang ajar ustazah tu balik".

Demi Allah saya terkedu. Pada saat itu, yang terbaik bagi saya ialah mendiamkan diri sahaja. bagi saya, ABC sudah penuh ilmu di dadanya jadi siapalah saya untuk mencadangkan apa2 sekalipun.

Dan ustazah yang saya cadangkan itu ialah seorang ustazah yang telah ditauliahkan oleh JAIS yang mempunyai travel agent umrah dan haji. Dan juga salah seorang daripada ajk yang terlibat dalam pembinaan masjid di tempat saya bertahun2 dulu.

Wallahua'lamubissawab
.........................

.................................

No comments: