D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

SAKIT KE ABANG DIRI TE...?

................................

Musim-musim berlaku banjir kilat di KL ni membawa ingatan aku pada kenangan masa kecik2 di kampong Belawan, Chenor…. Mandi sungai Pahang la… apa lagi. Apa yang aku paling ingat, tiap kali mak bawak aku dengan abang aku balik kampung, memang macam jakun mandi sungai. Maklumlah swimming pool semulajadi. Airnya sejuk, tak berombak kuat… kira just nice la nak mandi.

Cuma aku ni tak reti berenang. Jadi penakut sikitlah nak buat terjunan gaya bebas ke, kuak lentang ke… selalunya aku dok atas badan mak aje… dia bawak berenang.. kelas mak.

Tapi dalam banyak2 kenangan tu… ada satu yang aku tak boleh lupa sampai hari ni. Masa tu cuti mak bawak balik kampung. Abang aku ni biasalah, tak naik rumah wek aku lagi dah terjun sungai dulu. Aku tukang sorak ikut jela. Masa tu Sungai Pahang agak surut. Musim panas. Jadi, cun-cun dah sampai atas jeti kecik tu… (Orang2 kampung aku panggil jamban) abang aku pun bajet terjun ala2 hero filem hindi.

Terjun punya terjun… berdesup desap desup…. Panggggg…. Abang aku landing baik punya atas pasir. Ouuchhhh…. Aku terkejut jugak… rupanya air tu surut paras betis jer…
Apa lagi… tersesah abang aku kejap. Kebetulan mak sedara aku lalu

“Ngaper abang diri te…..?”
“Sakit ke abang diri te…..?”


(orang kampung tu panggil awak sebagai diri)

Aku takde jawapan bagi pihak masa tu…. Sambil bagi laluan abang aku termenung gosok dada dia yang dah merah terhempas ke pasir….

Hahahhahahahahaha….

Tapi lepas tu buat lagik…


..................................

No comments: