D’ ŘőHǃȩ

Monday

KISAH BENAR - AKU NAMPAK HANTU...

..................

Bila tengok banyak sangat cerita2 hantu kat tv sekarang ni, buat aku teringat satu cerita benar masa aku darjah 4 kalau tak silap. Aku nampak hantu. Betul… sumpah aku tak tipu. Aku nampak hantu masa pagi nak pegi ke sekolah dengan kawan aku sebelah rumah. Aku panggil dia Nad.. nama dia Nazri. Memang macam tak percaya, tapi aku ada pengalaman tu sekali dalam hidup aku…. Fuhhhhh!.

Masa tu aku masih duduk di Kampung Bintang kat Maran. Mana2 kawan aku yang berasal dari sana mesti tahu kampung tu. Aku lahir dan membesar kat situ sampai sekolah menengah kemudian baru mak aku pindah ke rumah sekarang.

Kg Bintang tu memang di tepi jalan utama KL-Kuantan. Masa tu hiway LPT belum ada. Karak hiway pun entah ada ke takde lagi. Kat luar simpang rumah aku tu ada satu jambatan then jalan depan sikit ada selekoh tajam jugaklah menghala ke Sek Men Keb Maran 2 sekarang ni.

Kebetulan malam tu ada kemalangan berlaku kat jambatan tu. Dentuman kereta berlanggar tu aku boleh dengar terang, kuat dan jelas sampai kat rumah aku. Sebenarnya kawasan tu memang kawasan panas. Setiap bulan boleh kata ada eksiden. Setiap kali berlaku memang selalunya dahsyat. Biasanya lepas kemalangan esok paginya mesti ada kesan darah kat atas jalan tu. Ngeri jugak tengok.

Nak dijadikan cerita pagi esoknya aku pegi sekolah dan terpaksa melalui jalan tu, jambatan tu. Itulah satu2nya jalan yang ada nak ke sekolah. Macam biasa aku naik basikal dengan kawan aku Nad. Sebaik aku keluar dari simpang rumah aku menghala ke jambatan tu… aku terfikir jugak nak tengok keadaan lepas eksiden malam tu. Nad kat depan aku masa tu. Tiba-tiba…

Aku nampak ada satu makhluk macam manusia tiba2 naik dari bawah jambatan tu ikut tebing sungai. Aku nampak masa tu. Aku memang nampak. Aku perati betul2....tapi badannya tak berapa jelas macam manusia biasa… macam ada berongga2 dan bergoyang2 sikit. Makhluk tu tak ada kaki dari paras lutut ke bawah. Macam tergantung gitu. Dan tangan sebelah kiri dia ke atas sambil pegang belatan besi macam anak jin selalu pegang dalam tv tu. Makhluk tu menghala kea rah kami. Aku memang dah gabra gila masa tu. Jarak kita orang dalam 20 meter lebih kurang. Aku tengok Nad macam selamba je kayuh basikal. Apa aku sorang jeke yang nampak…. Alamak macam mana ni. Kaki dah ketar sikit. Tapi mulut tak berani nak bagi tahu Nad. Jadi aku terus kayuh jugak.

Tiba2… Nad berenti basikal mengejut. Aku tak sempat buat apa2 terlanggar tayar belakang basikal dia. Dia terus cakap

“Rohie… hantu tu.. hantu. Hantu tu kejar kita… lari..lari… “

Aku dah gabra terus nak pusingkan basikal. Kaki tangan memang rasa berat giler. TAPI… nak dijadikan cerita paddle basikal aku tersangkut celah lidi roda basikal Nad. Aduh.. tak boleh gerak. Nad yang ala2 ketakutan sama macam aku tu pun terpaksa tarik dan tolak keluar paddle tu sebab basikal dia pun takleh gerak. Aku yang dah gabra ni hanya jerit je…

‘Cepat Nad.. cepat… cepat Nad..cepat”

Aku tengok makhluk tu masih lagi ada menghala kea rah kita orang. Huhhh gilerr. Akhirnya basikal kita orang dah boleh gerak. Apalagi tanpa pandang kiri kanan.. terus pecut balik rumah walaupun kaki berat giler masa tu. Sampai depan rumah terjerit2 kita orang. Yang aku ingat..aku dah terduduk atas tanah lembik. Abang aku datang, abang Nad pun keluar rumah. Tergagap2 kita orang cerita pasal tu.

Akhirnya, lepas 20 minit bercerita dan menenangkan perasaan…. Aku ke sekolah semula. Tapi abang aku yang hantar dan abang Nad pun follow. Masa lalu kat jambatan tu… hanya Allah yang tahu perasaan aku. Dan masa lalu kat atas jambatan tu aku ingat lagi ada banyak kesan tompok darah atas jalan. Ermmm ….

Itulah kisah benar yang aku takkan lupa sampai bila2. agak kecohlah sekejap akak2 dan makcik2 kat kampung aku bercerita pasal tu. Gilerrrrr….. aku tak nak balik ke saat tu sampai bila2. Agak2 habis doa makan, doa terang hati aku baca masa tu…

ferrrr.....

3 comments:

gunx said...

berdebar juga koi baca...cilakak....

Rohiez said...

balerrr... macam drama time tu. aok ada hajat nok buat filem pendek seram dok...???

gunx said...

aok jadi hantu ek ?