D’ ŘőHǃȩ

Saturday

"KENAPA AKU SUKA PAKAI BLAZER"

...................
Mesti ramai memba aku fikir aku ni suka eksen sebab hari2 nak pakai blazer. Ala2 bos gitue.. hehe. Sebenarnya besar rahsia disebalik kenapa aku suka pakai blazer. kalau boleh hari2 nak pakai blazer. Panas..? takla.. air-cond dalam bilik pasang sesejuk2nya.

Bagi kaum lelaki yang bekerja pakai formal memang tak jadi masalah sebab wife dorang yang akan gosokkan baju. pilih aje sehelai sehari. Tapi bagi yang bekerja macam aku ni, sekarang ni nak gosok baju sendiri memang satu kesempitan. Adakalanya penat, tak sempat, tak cukup masa, terlambat dan KEMALASAN.... Nak buat camana. Alasan tu semua memang kukuh sangatla.

Adakalanya, aku ada meeting mengejut. Meeting dengan VIP kat opis dorang yang besar2 gitu. Jadi takkanlah nak pegi dengan baju kedut2 kan. Kalau meeting yang dirancang awal2 senangla nak budget. Adakalanya meeting seawal pukul 8 pagi. Agak2lag kalau dari Rawang tu nak kluar pukul berapa kan untuk sampai pukul 8. jadi bersiaplah ala kadar.

Bagi adriena n hubby, baju2 dorang dah disiapkan untuk seminggu terus. senang. every time nak pakai, capai saja. Kalau nak siapkan hari2 memang tak sempat. Memang rushing pagi2. Adakalanya malam2 berjaga siapkan dokumen kerja atau presentation, pagi2 dah kena kluar... jadi memang kucar kacir kalau pagi2 baru nak siapkan.

Jadi cara terbaik ialah aku pakai saja baju2 yang senang tak perlu digosok atau susah2 sangat capai saja t-shirt, digayakan dengan skirt formal. di atasnya kusarungkan saja blazer. bila masuk opis dah nampak formal giler.
Bila nak meeting mengejut pun takdelah rasa bersalah sangatkan... hehe.

Jadi kalau korang ternampak aku berblazer tu janganlah salah faham. Gua tak sempat gosok baju lah tu... hehehehe. Korang pun boleh tiru resepi nih...

...............................

No comments: