D’ ŘőHǃȩ

Monday

KAKAK JUAL PUTU PIRING YANG MENYENTUH HATI

.................

Kat bawah ofis aku ni ada banyak jugak gerai2 orang jual makanan untuk pekerja2 sekitar sini time lunch dan petang2. Ada yang jual nasi, jagung, soya, goreng pisang, keropok, burger dan kuih muih. Salah satu gerai yang agak menarik perhatian aku ialah gerai kakak yang jual putu piring. Aku suka makan putu piring dan kebetulan yang kakak ni buat memang sedap.

Cuma satu masalah kakak ni ialah dia selalu lewat buka gerai. Biasanya bila aku turun bawah nak tapau time lunch, dia baru je nak start kukus putu piring tu. Ada ramai orang nak beli. Tapi sebab tunggu lama, ramai yang tak jadi beli. Kesian pulak aku tengok. Tapi nak buat macam mana kan, rehat cuma satu jam. Dengan kerja yang tak pernah habis… siapalah sanggup nak buang masa rehat lama2 kan.

Selain tu, kakak ni cuma ada satu je periuk kukus. Aku kira semua sekali ada dalam 25 lubang. Maknanya sekali kukus 25 biji putu. Setiap kukusan tu ambil masa dalam 10 minit jugak. Atau mungkin lebih untuk pastikan tepung betul2 masak. Putu tu dijual dengan harga lima keeping dua ringgit. Kalau ikut perkiraan matematik aku, satu kukusan kakak tu cuma dapat lima ringgit sahaja. Berbanding gerai yang jual keropok dan goring pisang panas, sekali angkat dari kuali satu dulang keropok siap. Mereka ada 2- 3 kuali pulak tu.

Satu hari, aku rasa macam bertanggung jawabnak tegur kakak tu. Ala- ala nak bagi nasihat gitu.. hehe… sendiri pun tak pernah berniaga…. So aku tegur kakak tu

“kenapa kakak buka lewat gerai. Kami rehat satu jam je kak. Kalau dah terlepas time rehat ni nanti dah tak ramai nak beli”

“kakak tak sempat dik. Memang kalau boleh nak datang awal2 jugak”.

“ye ke kak. Sebab saya tengok ramai yang nak beli tapi sebab tunggu lama, dorang tak jadi beli”

Kemudian kakak tu menjawab sambil tangan dia terus buat kerja

“Tulah dik, ada jugak yang cakap macam tu. Tapi nak buat macam mana. Pagi2 akak kena siapkan anak2 nak sekolah dulu. Dorang sekolah petang. Pastu akak pun jaga mak akak. Dia uzur, tak larat buat apa dah kat rumah. Akak kena masak dan bagi dia makan dulu. Siapkan mandi pakai dia dulu. Baru boleh keluar meniaga ni. Dah memang hari2 macam tu dik”

Uwhhhhhhh….. Aku rasa macam ayat2 akak tu sampai dalam hati aku yang paling dalam. Sangat terharu aku dengar. Mulia sungguh hati dia kan. Inilah yang dikata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku dah tak boleh nak cakap apa2 lagi. Dan hari tu aku tunggu jugak putu piring tu siap dan beli.

Jauh dalam hati aku, aku doakan semoga kakak tu terus dimurahkan rezeki dan perniagaannya diberkati Allah selalu.

Saya respek kakak tu.
...............................

No comments: