D’ ŘőHǃȩ

Monday

JEM...OH JEM

..........................

Jem… jem… jem….

Entahla apa masalah lebuh raya kat KL ni. Hari2 jem… hari2 jem. Drive ikut jalan lama memang menempah tiket jem kelas pertamala… tapi drive ikut hiway yang sah2 kena bayar tol pun boleh jem jugak… macam mana tu. Ishhhh tension betul aku.

Dari Country Home nak ke KL memang sangat unpredictable perjalanannya. Ada masa clear ada masa …. Pukul 10 pun tak boleh sampai ofis lagi. Ada masa jem sebab eksiden, baiki jalan, trafik light rosak… dan paling teruk bila banjir… macam naik sampan lak.

Paling sedih bila melalui saat jem disebabkan eksiden. Macam tak sanggup nak tengok apa yang berlaku kat hujung jalan tu. Tapi, percaya atau tak… bila dah hari2 travel ni boleh dikatakan hamper setiap hari ada eksiden. Bezanya serius atau tak. Kalau difikirkan memang ngeri. Hidup ni terlalu fragile kan.

Tapi yang bestnya bila difikirkan tentang jem ialah…. Semua pemandu menjadi sama taraf saja. Yang kaya, yang miskin, yang memandu laju, yang memandu macam kura2, yang berkereta Ferrari dan kereta kancil… hahaha…part ni aku paling suka sebab… semua orang tekan minyak 20km/sj sahaja.

Berhati2 dijalan raya yer…. Ingatlah orang tersayang

...........................

No comments: