D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

BILA MEMBA GILER2 JADI BUSINESS PARTNER

......................

Masa belajar memang zaman yang paling meriah dalam hidup aku. Aku rasa ramai yang bersetuju dengan aku. Mana taknya, zaman belajar dahla ramai kawan… lepas tu takde masalah nak fikir.. melainkan masalah MALAS nak pegi kelas dan malas nak buat assignment. Dah tu masing-masing seangkatan je aliran pemikiran yang giler2.

Aku ada ramai kawan masa belajar. Kawan2 yang mostly giler2. kalau time makan, menapau bagai nak makan 10 orang, dah tu malam2 dok bersembang macam esoknya prof bagi cuti. Kalau dok bergosip selagi ada topic selagi tu tak berenti. Tayar kereta warden pun boleh jadi isu…. Apatah lagi si maknyah2 kat kafe. Kalau terjerit2 dari bilik atas tu dah kira dah sopan sangat dah tu. Itulah indahnya zaman belajar.

Tapi…zaman tu takkan kekal selamanya. Masa berlalu, dah habis belajar kenalah cari kerja. Masing2 bagai nak rak menghantar resume, time interview bukan main mekap tebal 4 inci, dan-dan bercakap lembut macam Siti Nurhaliza, baju bergosok mak aiihhh tajam gitu…. Time tu, bila ditanya semua kerja kat opis tu sanggup buat… semua sanggup belajar. Comel betul bila dikenang.

Bila dah sepuluh tahun berlalu, masing2 kawan aku dah stabil dalam kareer dan dalam hidup. Bangganya aku dengan dorang semua. Tapi, dalam bekerja ni, networking memang besar. Jadi bila terkebetulan bekerja dengan memba sendiri memang best.

Salah sorang memba dari zaman belajar aku ialah Aween. Si aween ni memang banyak berkongsi hidup dengan aku dulu2. Dari hal belajar, hal bercinta, hal takde duit, hal ponteng kelas, hal dengan senior, hal macam2 lagila…..haha. So, dalam satu projek ni, berkebetulan company aku nak guna service company si Aween. Huh memang kelas service ko Aween. Very cekap dan cepat. Cuma satu yang takleh tahan… bila nak berurusan melalui email yang Aween kena cc kat staff dia…aduhaiii terssungguhla formal bagai nak rak. Yang ni memang very plastikla… maklumla.. kami bercakap ‘engkau aku’ jer.. haha tapi nak buat camana kan… have to be a good leadership example.

Tapi time jumpa… sembang sikit pun tak berubah …

Keep our relationship foreva Ween….. K

…………………………………………….

No comments: