D’ ŘőHǃȩ

Monday

BILA KAWAN SENDIRI JADI PENAGIH DADAH

.......................

Bila melihat kawan2 sebaya kita berjaya memang tumpang rasa bangga. Melihat mereka yang berjaya mencapai cita2, ada keluarga bahagia, anak2 yang comel, hidup dilandasan yang benar…… ada kereta dan rumah besar tu kira bonus la kan….

Seronok… memang seronok bila terjumpa sekali sekala dengan kawan2 lama dan bercerita macam2 hal sepanjang hidup dari zaman sekolah hinggalah ke hari ini. Cuma yang sedihnya bila dengar cerita ada memba sekolah yang jadi penagih dadah. Owhhh kenapa agaknya ada yang memilih jalan tu. Lebih sedih bila fikir kita pernah jadi kawan, sama2 bersekolah, belajar, bermain dan membesar sama2.

Tapi bila dapat tahu, aku tak suka salahkan dorang walaupun apa yg dorang buat tu memang salah. Sebab aku percaya perkara yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Kalau ditanya pendapat kawan2…. Ramai yang cakap puncanya ialah tiada iman, tekanan, salah pilih kawan, tidak menamatkan pelajaran, kurang kasih sayang…. Itu ini itu dan ini. Betulla tu. Itulah antara punca2nya.

Sangat sedih bila sekali sekala balik kampung, nampak keadaan mereka lain dari yang lain. Wajah yang gusar, tak tenang dan entahla..aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Kesian..? of course aku kesian. Kawan2 kan. Tapi mereka harus kesiankan diri mereka lebih banyak dari orang lain.

Apa yang mampu aku buat… berdoa agar mereka berjaya kembali ke pangkal jalan. Dan masih berpeluang untuk berbakti pada kedua orang tua.

…………………………………….

2 comments:

gunx said...

pehh...biar betei...

Rohiez said...

eh kesoh benor ni wehhh ... takkan aok tok tahu... hah