D’ ŘőHǃȩ

Monday

"BILA ADRIENA NAK JADI 'DOKTOR' "

..................
Baru ni, aku tak sihat. Sakit telinga, sakit pipi, sakit gusi... sesekali diuji Allah. Terimalah dengan Redha. Tapi dalam pada tu, aku pegi jugalah ke klinik. Kalau tak pegi klinik nanti, ada pulak dinding rumah kena head banging.... hehe

Sampai di klinik.. seperti mana2 private klinik dalam dunia ni la.. akan disambut oleh pembantu klinik... kalau kat office kita panggil receptionist la tu. cek ic, cari kad, tanya apa yang patut.

Jadi sambil aku tunggu dorang siapkan urusan apa yang patut.. dan menunggu giliran dipanggil doktor... Adriena mengeluarkan satu statement yang sungguh cemerlang..

"Mama, nak nak jadi doktor nanti besar..."

Wahhh... sejuk perut aku mendengarnya...

"Baguslah kalau Na nak jadi doktor.. nanti boleh ubat mama dan papa bila dah tua nanti kan". Aku menjawab dengan niat nak support cita2 dia lah tu.

Akan tetapi... perut yang sejuk tadi jadi suam2 kuku balik bila dengar Adriena jawab..

"Mama, Na nak jadi doktor yang macam kakak tu tadi... dia ambil IC mama, dia cari kad mama, nanti dia bukakan pintu utk mama..."

Erkkkkkkk.... terbarai aku ketawa kat situ dengan B..

agak2 kalau 'doktor' tu... hari tu jugak aku leh apply... hehe.

Semoga Adriena jadi doktor la besar nanti... boleh aku tumpang jual nasi lemak depan klinik dia... Insyaallah... :)

.................................

No comments: