D’ ŘőHǃȩ

Sunday

SATU LAGI KEHILANGAN BUAT SEORANG IBU

..................

Sedih..memang sedih bila kita kehilangan insan yang tersayang. Lebih sedih kalau kehilangan zuriat yang baru kita lahirkan dari rahim kita sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dialami oleh seorang lagi kawan aku Nisha. Rasanya baru saja beberapa post lepas aku menulis tentang Nita dan Zam yang kehilangan bayi yang baru beberapa hari dilahirkan. Kini Nisha juga melalui situasi yang sama apabila satu-satu bayinya yang baru berusia 3 bulan 5 hari pergi buat selama-lamanya.

Hari tu, keadaan di pejabat seperti biasa. Masuk waktu tengahari, sudah hampir pkl 1pm, tiba2 aku dengar bos aku bersuara agak kecoh2 diluar bilik aku. aku tak ambil serius sebab mungkin takde kena mengena dgn aku. Tiba2 bos aku masuk bilik dan minta aku hantarkan Nisha. Ingatkan hantar ke bank, rupanya hantar ke SJMC.

"Cepat Ruhie tolong hantar Nisha ke SJMC. Anak dia pengsan. Baby sitter dia baru telepon"

Dengar saja begitu, aku terus capai apa yang patut. Kebetulan pulak Nisha tak memandu hari tu. Suaminya Kamal hantar dia dengan motor saja. Aku turun ke bawah mencari Nisha yang sedang menunggu teksi.

Sepanjang perjalanan, tak banyak perbualan antara aku dgn Nisha. Aku tak nak sedihkan Nisha lagi. Cuma dia bercerita serba sedikit tentang bayinya Rayyan.

"Pagi tadi dia dah ok. dia senyum2, dia masih selsema tapi sy dah sedut hingus dia, dia baru lepas cucuk beberapa hari lepas jadi meragam sikit....."

Begitulah lebih kurang Nisha bercerita sambil menunjuk jalan ke SJMC dari ofis aku. Sepanjang perjalanan ada beberapa call diterima Nisha dari sanak saudara. Semuanya prihatin.

Sebaik sampai, aku hanya turunkan Nisa sahaja dihadapan pintu ICU. Aku tak turun sekali kerana tak mahu menyesakkan lagi Nisha. Lagipun, hanya parents sj yang dibenarkan masuk bilik ICU baby. Aku pun teruskan perjalan ke pejabat semula.

kira2 pukul 3, Hanya 5 minit nak sampai ke ofis, bos aku cal. Dia iangatkan aku masih berada di SJMC.

"Ruhie, anak Nisha dah meninggal dunia..."

Hahhhh....... Innalillah...aku terkedu. Aku memang terkedu. Tapi kenapa aku tak tahu.

Rupanya bayi Nisha dah meninggal sewaktu tiba di SJMC. Tapi mungkin 'pengsan' adalah istilah terbaik untuk tidak mengejutkan Nisha sangat. Kalau aku tahu... aku takkan balik ke opis. Aku terus stay di sana dgn Nisha. Tapi... itulah....

Sebaik masuk ke ofis..aku lihat semua wajah2 sedih dan terkejut. tak sangka, kasihan dan macam2 perasaan datang. kami pun terus buat arrangement ke SJMC semula untuk melawat jenazah. Sebaik sampai.... kami semua berpelukan dengan Nisha. Sambil melihat jenazah Rayyan, air mata kami semua berderai tak tertahan lagi. Ya Allah, anak itu sangat sempurna sifatnya. Comel, montel, sejuk mata memandang wajahnya. Namun itulah janjinya. Dia tidak sanggup menempuh hidup lama didunia yang kejam dan jahat ini. Namun disuatu sudut, aku dapat lihat Nisha jauh lebih tabah dari kami semua. Dia ibu dan wanita yang sangat tabah.

Sabarlah Nisha. Yakinlah bahawa besar hikmah Allah disebalik kejadian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Nisha dan keluarga. Amin

..........................

No comments: