D’ ŘőHǃȩ

Sunday

BAYAR CASH

..............

Mungkin wajar...dan mungkin tak wajar aku tulis cerita ni.... tapi anggapla sebagai pengajaran kepada semua....

Sekarang ni selalu kita dgr istilah “Allah bayar cash kat dunia’. Istilah ni biasanya diguna bila sesuatu keburukan yang dilakukan atau dikatakan kepada orang lain akhirnya terkena kepada diri mereka sendiri. Contohnya, wanita yang merampas suami orang sampai bercerai berai… tapi lepas mereka berkahwin wanita lain pulak yg rampas suaminya…. Ataupun mulut jahat mak2 orang yang mengata cara berpakaian anak dara orang tak sopan, sekali anak dara mereka sendiri balik kg dgn memakai seluar pendek!. Kalau kecik2 dulu kita cakap ‘padan muka’je….

Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah sikap buruk seorang insan bergelar ibu mertua yang terjadi kepada seorang kakak yang juga kawan baik saya. Kenapa saya gelarkan sikap buruk.. sebab sebagai ibu walaupun mertua yang memang sah2 dah jadi orang tua, tapi tidak tahu menunjukkan contoh yang baik kepada anak menantu… dari segi tutur katanya yang langsung tak tahu menjaga hati menantu.

Selepas berkahwin, kawan saya ni, biarlah saya gelarkan namanya sebagai Kak Ayu mengambil masa setahun lebih juga untuk mengandung. Sebagai wanita berpendidikan, berkarier bagi Kak Ayu itu adalah perkara biasa. Sekurang2nya bolehla dia berbulan madu lebih lama sedikit. Dan Kak Ayu juga sedar bahawa urusan mendapat cahayamata ini ialah kerja Allah. Kalau ada… tidak cepat dan tidak lewat sehari pun dari due date Allah. Tapi kalau belum… sabarla menanti sambil berusaha apa yang patut…

Namun, tempoh setahun lebih itu adalah satu masa yang sangat menghiris hati kawan saya. Sebagai kawan baik, Kak Ayu selalu mengadu pada saya. Katanya setiap kali berjumpa ibu mertuanya, pelbagai kata yang menyedihkan dan menyakitkan hati ibarat penghinaan kepadanya kerana lambat mengandung.

“Awak ni jenis perut tak subur… memang susah nak mengandung”
Menangis Kak Ayu

“Kalau mak dulu, bila plan nak tambah anak je terus lekat”
Menangis Kak Ayu

“Lambat mengandung ni selalunya sebab isteri yang bermasalah”
Menangis Kak Ayu

“Serabut perut aku ni belum dapat cucu”
Menangis Kak Ayu

Itu antara kata2 yang biasa sampai ke telinga Kak Ayu. Setiap kali dia mengadu kepada saya, Kak Ayu mesti menangis. Dan yang lebih terhina, bila ibu mertua Kak Ayu cakap suami kak Ayu merokok kerana tension belum dapat anak….. sedangkan satu Malaya tahu suaminya memang merokok sejak zaman sekolah lagi ….

Tapi itulah, kuasa Allah itu maha besar. Satu hari… selepas setahun lebih akhirnya kak Ayu mengandung juga. Selain keluarganya, kak Ayu pun turut berkongsi berita gembira tu dengan aku juga. Walaupun aku belum berkahwin masa tu, tapi aku lihat kak Ayu pun melalui detik2 membawa perut selama 9 bulan 10 hari seperti ibu2 yang lain. Kak Ayu akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dan sempurna dengan izin Allah.

Jadi… sudah terbukti kak Ayu isteri sempurna yang lengkap dan mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Namun sejak kelahiran tersebut.. hingga ke hari ini suaminya belum lagi berhenti menghisap rokok… jadi????...

Tapi disinilah timbulnya istilah Allah bayar cash atas dunia. Adik ipar perempuan kak Ayu juga berkahwin tak lama selepas itu. Dan ibu mertuanya seolah mempertaruhkan anak perempuannya sendiri untuk memberikan cucu yang ramai kepadanya. Katanya anak2 perempuannya pasti subur mengikut dirinya. TAPI… kuasa Allah kan. Sehingga ke hari saya menulis blog ini anak perempuannya masih belum mengandung walau sudah bertahun2 berkahwin. Setakat ini semua cucu dirumah tersebut dilahirkan oleh menantu2 perempuan, tiada satu dari anak perempuannya.

Kan dibayar Cash tu.

Kesimpulannya.... walau siapa pun kita, apa pun level kita, berapapun usia kita, janganlah menghina, mengata atau menyakitkan hati orang...

Kalau kita muda, wajib kita menghormati orang lebih tua.... kalau kita tua, tidak bererti kita berhak menyakitkan hati orang muda....

...............

No comments: