D’ ŘőHǃȩ

Monday

ANAK ADALAH SEGALANYA

...............
Anak adalah segalanya. Aku tak akan dan tak boleh menafikan statement tersebut. Semakin hari... semakin aku sedar bahawa anak aku Adriena adalah segalanya dalam hidup aku. Bak kata pepatah Dialah racun dialah madu.... Bila sebut pepatah ni... aku terus teringat pada emak aku.

Dulu masa aku kecil2... aku selalu dengar mak cakap pada kawan2 dia bahawa aku ni satu2nya anak perempuan dia. Aku nilah racun..aku nilah madu. Masa tu... walaupun aku boleh faham apa maksud pepatah tu.. tapi aku tak faham betapa dalamnya maksud kata2 mak tu.

Dulu masa aku kecil2... mak aku selalu berleter suruh aku belajar dan baca buku. Mak cakap aku kena belajar.. baca buku. jangan ikut orang.. orang lain dah pandai. Tapi kdg2 aku tak endahkan sebab aku selalu fikir aku ni lebih pandai dari orang lain.

Dulu masa aku kecil2... mak aku selalu pesan jangan nak main2 cinta masa sekolah. Nanti cinta tak menjadi, hati kecewa dan pelajaran terganggu. Tapi diam2 ada gak aku bermonyet2 sekali dua. Sebab aku nak rasa apa feeling cinta tu sebenarnya walaupun ala2 monyet saja.

Dulu masa aku kecil2... uhhh terlalu banyak kalau nak ingat dan nak tulis kat sini. Memang betul banyak betul pesanan mak aku sepanjang aku membesar hinggalah ke saat aku menulis blog ini. Walaupun aku dah besar panjang... nasihat mak tak pernah putus. Kasih sayang mak tak pernah habis.

Dulu aku hairan kenapa mak suka sangat berleter. berpesan itu dan ini. Tapi sekarang, bila aku dah ada anak sendiri, baru aku faham kenapa mak suka berleter. Memang betul mak nak tengok anak dia berjaya, mak tak nak anak dia terluka, mak tak nak anak dia gagal, mak tak nak anak dia hidup susah..... mak cuma nak yang baik2 saja untuk anak dia....

Aku setuju. Mak memang betul. Dan itulah harapan aku pada Adriena. Aku tak sanggup pun tengok dia bersedih kalau tak dapat apa yang dia nak, tak sanggup tengok kalau gagal nanti, tak sanggup tengok kalau dia kecewa nanti. Semuanya yang terbaik. Aku mahukan semuanya yang terbaik untuk dia. Setiap kali berdoa.. aku minta Allah berikan dia kejayaan di dunia dan akhirat.

Mak... kata2 mak dulu memang betul.

"BILA AWAK DAH ADA ANAK NANTI BARU AWAK TAHU KENAPA MAK NI SUKA BERLETER. TUNGGULA PERASAAN TU NANTI AKAN DATANG JUGA KALAU DIIZIN ALLAH"

Ya.. aku sedang melaluinya. Terima kasih mak. Jasa mak takkan terbalas selamanya. Semoga Adriena mendapat kejayaan dunia dan akhirat sayang..

.......................

No comments: