D’ ŘőHǃȩ

Monday

2011

.............
2011 datang jugak akhirnya. tak lewat sesaat dan tak cepat sesaat juga pun. Segalanya atas ketentuan Allah. Syukur kerana masih bernafas hingga ke hari ini. Syukur juga kerana masih diberi peluang untuk terus memperbaiki diri ini.

Seperti tahun2 yang berlalu, mesti setiap orang ada azam baru yang nak dicapai walaupu berlambak2 azam lama yg terpaksa di carry forward. Macam cuti tahunan pulak. Sama jugalah dgn aku ni. Setiap tahun mencipta azam... mencipta azam dan mencipta azam. Tapi banyak juga yang belum tercapai.. namun banyak juga yang dah tercapai.

Kalau nak cerita pasal azam yang belum tercapai memang syahdu bunyinya. Mungkin ramai tak tahu... azam nak jadi best student masa SPM dulu tak tercapai jugak. Izawati jugak yang jadi best student. Tapi sekurang2nya azam nak masuk universiti tanpa extend sem dah tercapai. Azam nak jadi pembantu sulit perdana menteri malaysia tak tercapai lagi, tp at least aku tak pernah menganggur sejak grad.

Walaupun azam itu benda yang klise diucapkan setiap kali tahun baru tiba, tapi ianya perlu diucapkan juga. Aku tak tahu apa maksud azam mengikut kamus dewan bahasa...(tak dan nak cek lagi ni) tapi bagi aku azam itu adalah satu amanah kepada diri sendiri untuk terus mencapai sasaran dalam hidup. Azam juga BUKAN untuk kehidupan di dunia sahaja seperti nak beli kereta BMW, beli rumah 5 tingkat, set up syarikat sendiri, kahwin 4, naik pangkat, naik gaji, melancong ke luar negara... Tapi ia adalah pelaburan jangka panjang untuk hidup di alam kekal nanti. Berazam untuk bersedekah setiap hari jumaat, berazam utk tidak meninggalkan solat, tidak meninggalkan puasa, banyakkan mengaji Quran, berbuat baik sesama manusia, lebih menyayangi ibu bapa, suami, isteri, anak2, tempat bekerja dan sebagainya lagi. Itu juga adalah azam.

Inilah kehidupan yang penuh dengan azam. Walau siapa pun kita, apapun taraf kita, sejauhmana sudah kemajuan kita dibandingkan orang lain, kita tetap perlukan azam. Cuma bagaimana kita nak mengutamakan azam yang mana satu... itu bergantung kepada diri kita sendiri.

Dan sempena tahun 2011 ini, aku berazam untuk menjadi seorang hamba Allah, wanita, isteri, ibu, anak, pekerja, pengurus, teman dan pengendali laman sosial facebook serta blog terbaik......


........................

No comments: