D’ ŘőHǃȩ

Friday

SUSAH JUGA NAK PUASKAN HATI ORANG LAIN

.................
Baru2 ni, ada seorang kawan mengadu tentang susahnya nak puaskan hati orang lain. Orang2 sekelilingnya. Setelah berminit2 mendengar.. (kira tak sampai sejam la tu..) aku terpaksa mengiyakan kebenaran kisah kawan aku ni.

Memang betul katanya, susah betul nak puaskan hati orang lain...
Tak kiralah hati siapa dan tak kiralah atas urusan apa sekali pun. Adakalanya, kita dah buat dengan niat yg sangat ikhlas. Namun... apabila ianya tidak dihargai.. keikhlasan itu akan menjadi satu ungkitan yang penuh kebencian.

Tapi .. inilah kehidupan. Kita melihatnya setiap hari, dimana saja dan sesiapa sahaja boleh berada di dalam situasi ikhlas dan ungkitan.

Selagi kehidupan diteruskan dengan hubungan dua hala, tiga hala, empat hala atau sepuluh hala.... situasi ini tidak akan berhenti. sebab sifat manusia itu memang tidak sempurna. Kalau sifat kucing dan lembu lagilah tidak sempurna kan....

Tapi...itulah.. take it easy.. make it simple. gembirakan hati selalu. jgn terlalu sensitif berfikir... nanti cepat tua.

..........................................

No comments: