D’ ŘőHǃȩ

Friday

"SIAPA MAT GUNX...??"

.............
Dalam pada buat2 kerja sekolah malam tadi, aku sempat jugak membelek blog sorang memba sekolah aku ni .. http://gunx.blogspot.com/ . Zaman sekolah dulu org panggil dia mijal sting... a.k.a mat gun. Dia ni antara yang memba aku yg dahsyat giler la sekarang ni... memang sangat aktif menulis blog, pastu jadi sukarelawan Palestinkini lagi, pun dah jadi pembikin filem pendek lagi, jadi kameraman profesional lagik, tu tak kira betapa aktifnya dia meng-update facebook lagi. pehhhh.. kalau keaktifan dia boleh diterjemahkan dengan ketinggian petronas twin tower.. dah tingkat 57 dah ni...

Dalam blog dia... banyak temuramah dia buat dgn orang2 terkenal. The lates dgn si watak Usop dlm filem Hantu Kak Limah balik Rumah... wah wah wahhh... kira dahsyat giler la tu. Tah bila dia nak interview aku lak tak tahula. Aku ni kategori femes sgt dah ni kalau kat opis aku. maybe dia boleh pertimbangkan la... ye dok.

Tak sangka jugak dia boleh jadi gini. dulu masa sek aku tak la rapat sgt dgn dia ni. dia pun stok2 muka takde perasaan la. kira kalau awek2 kat sek nak tekel kena fikir 7-8 kali la. Bukan apa, takut2 dia tak reti bercinta jer... hahhahaha.

Yang aku tumpang gembira, dah jadi penerbit filem walaupun filem pendek. Maklumla kan.. bila sebut je filem, panjang atau pendek tetap kena ada modal. modal skrip, modal mekap, modal pelakon, modal kamera, modal edit mengedit.. tak termasuk modal wang ringgit yg nak topap petrol pg set, nak topap pelakon makan.. dasat gak tu.

Cuma satu je la.... alang2 dia menyeluk pekasam tu, biarlah sampai ke pangkal lengan... teruskan usaha tu yerk. Kot2 esok dah naik stage ambik anugerah, jgn lupa sebut nama aku yg tolong promosi nih. Time tu aku ngaku sedara dia terus... hahahha.

Rasanya tak lama dia femesla. lagi2 kalau kluar front page sebelah mamat khalid atau maya karin. Masa tu tak ada lagi orang tanya siapa mat gunx.. sebab satu malaya dah kenal. hewahhhh

.............................

No comments: