D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

"MAMA FAHAM KE NAK JAWAB NI?" - ADRIENA

...........
Hari ini 26 Oct, anak aku Adriena menduduki peperiksaan akhir tahun darjah 1 di sekolahnya sehingga khamis nanti. 3 hari sahaja. Lepas tu, bercuti sakanlah dia. aku juga yang kena bekerja tiap2 hari mcm biasa. jeles jugak yer. Tapi takpelah.. namapun mencari rezeki kan.

Nak dijadikan cerita, sempena musim periksa ni, aku pun temankanlah dia study dari minggu lepas. Saja nak suruh dia review apa yang cikgu dah ajar. kalau tak bersuruh, kalau tak berteman alamatnya mata ke tv sajalah.

Memulakan dengan subjek matematik. Umpan dengan subjek yang dia minat dulu. Math ni biasanya senang saja utk budak2 darjah 1 ni. tapi untuk memahamkan dia aku pun bagilah tips. Tips ni supaya dapat jawab dengan lebih cepat ajela. topik comes after, comes before, less than, more than... semuanya lebih senang kalau dia tulis angka 1-10 kat kertas soalan tu dulu. then terus boleh nampak no mana atas no mana bawah. saja nak share dgn dia...

Dalam pada aku menerangkan tips tu.. si Adriena bleh tanya aku...
"Ni mama faham ke nak jawab ni..?
"Mama buat tips ni dulu2 mama ada belajar mcm yang Na belajar ke...??

hah... erkkkkkkk???

Aku tak tahu nak jawab apa. Agaknya apalah yang ada dalam fikiran Adriena. Mungkin ke dia fikir aku dulu cuma sekolah atap je kot. atau mungkin juga dia fikir cikgu kat sekolah tu sentiasa lebih pandai dan betul berbanding parent...hehe. Sabar je la... anak2 zaman sekarangkan. yang penting, semoga Adriena tahu mama dan papa dia pun boleh dipercayai untuk mengajar dia kat rumah..

tapi comella dia ..

...........................

No comments: