D’ ŘőHǃȩ

Sunday

ULANG TAYANG KESAH BALIK KAMPUNG

..............
Dah dekat sangat nak raya. Tak sabar sungguh nak balik kampung. Entahla kenapa, walaupun dah tua-tua ni..setiap kali menjelang hari raya.. mesti hati seronok sangat nak balik kampung. Raya kat kampung ni perasaannya memang berbeza. Suasananya memang berbeza. Lagi2 dapat bermaafan dengan mak dan family. Seingat aku, perasaan tu tak pernah berubah dari aku kecik sampailah ke hari ni. Dan sekarang ni, bila dah ada anak, aku pun boleh nampak perasaan seronok anak menyambut hari raya sama macam aku. Yang paling seronok bagi Adriena ialah bab balik kampung. aku rasa perkara ni dah jadi macam ulang tayang dalam hidup aku.

Dulu masa aku kecik2, setiap kali raya aku mesti balik kampung rumah nenek aku. Mak aku akan bawak aku dengan abang aku beraya kat kampung sampai habis cuti. jumpa sanak saudara, pusing2 satu kampung dan jumpa macam2 kuih tradisional. Masa tu jugalah aku dapat jumpa kawan2 dan saudara2 yang sebaya dengan aku. Macam2 cerita kami kongsi. Maklumlah jumpa jarang2 jer. Dari hal kuih raya, baju raya, hal pelajaran, cita2, hobi terkini, dan sekaligus hal2 cinta monyet kat sekolah. hehe.. memang sweet...tapi sekarang aku dah lama tak balik kampung nenek aku. Sejak nenek meninggal, nenek2 saudara pun dah tak ada, mak memang jarang sangat balik. Sekali sekala kalau ada kenduri je la.


Dan hari ni, aku dapat tengok ulang tayang semua tu berlaku pada Adriena pulak. Setiap kali plan balik kampung, dia memang tak sabar menunggu hari. Nak jumpa nenek, nak makan kuih, nak ajak nenek pegi kedai beli aiskrim, tengok kartun dengan nenek, mandi dalam tong air nenek... dan termasuklah jumpa kawan2 baru dekat2 rumah mak aku tu. Setiap kali balik kampung, Adriena dah pandai ajak nenek berjalan rumah kawan dia. Yang paling dia suka ialah Tiah. Siap paksa Tiah datang rumah tengok kartun.



Ermmm.. memang ulang tayang kehidupan sungguh. Dulu aku kecik2.. mak aku yang bawak aku balik kampung jumpa nenek aku. Dan sekarang, dah jadi giliran aku pulak bawak anak aku balik kampung jumpa mak. Dan ulang tayang ni akan terus berulang hingga ke satu hari nanti Insyaallah anak aku pulak yang akan bawak anak dia balik kampung jumpa aku.... dalam keadaan sekarang ni, masa berlalu terlalu pantas... jadi tak lama lagi kalau aku panjang umur.. merasalah aku pengalaman yang dilalui oleh nenek aku dan mak aku sebelum ni...

Begitulah kehidupan yer...

................................

No comments: